Tuesday, 24 December 2019

Hadith susunan saf bagi kanak-kanak


Matan hadith

أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ، ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ.



Terjemahan

Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka.


Takhrij

HR. Abu Daud no. 677 daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA. Didiamkan oleh Imam Abu Daud.

Sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abu Daud

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sunan Abu Daud.

Manakala Imam Nawawi menghasankan sanad hadith ini dalam Khulasah 2/714 , begitu juga Ibnu Mulaqin dalam Tuhfat Muhtaj 1/459

Didhaidfkan oleh Imam Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/97

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...