Tuesday, 24 December 2019

Hadith tangan yang tidak akan disentuh oleh api neraka



Kisah

Dikisahkan pada saat  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam baru tiba dari perang Tabuk, Banyak sahabat yang ikut beserta Nabi dalam peperangan ini. Tidak ada yang tertinggal kecuali orang orang yang berhalangan dan ada uzur.

Saat mendekati kota Madinah, di salah satu sudut jalan, Rasulullah berjumpa dengan seorang tukang batu. Ketika itu Rasulullah melihat tangan buruh tukang batu tersebut melepuh, kulitnya merah kehitam-hitaman seperti terpanggang matahari.

Rasulullah bertanya, “Kenapa tanganmu kasar sekali?" Si tukang batu menjawab, "Ya Rasulullah, pekerjaan saya ini membelah batu setiap hari, dan belahan batu itu saya jual ke pasar, lalu hasilnya saya gunakan untuk memberi nafkah keluarga saya, kerana itulah tangan saya kasar."

Rasulullah pun menggenggam tangan itu, dan menciumnya seraya bersabda, "Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada", 'inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama lamanya.

"Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan solat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah" (HR. Bukhari)

Takhrij

Hadith tersebut tidak terdapat dalam Sahih Bukhari sebaliknya disebutkan dalam Tarikh al-Baghdad dan dinilai palsu oleh para pengkaji (Tarikh Madinah al-Salam, 8/318. Tahqiq oleh Dr Bassyar 'Awwad).

Kecuali bahagian akhir kisah tersebut yang ada hadith, maka hadith yang akhir itu sahih.


Kisah tersebut:

عن أنس بن مالك قال: أقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم من غزوة تبوك فاستقبله سعد بن معاذ الأنصاري، فصافحه النبي صلى الله عليه وسلم ثم قال له: ((ما هذا الذي أكفت (!) يداك؟)) فقال: يا رسول الله أضرب بالمر والمسحاة في نفقة ‌عيالي، قال: فقبل النبي صلى الله عليه وسلم يده وقال: ((هذه يد لا تمسها النار))

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW pulang dari peperangan Tabuk lalu disambut oleh Saad bin Muadz al-Ansari, lantas Nabi SAW bersalaman dengannya kemudian Baginda bertanya: ((Apakah yang menyebabkan tanganmu menjadi kasar?)) Dia pun menjawab: "Wahai Rasulullah, aku selalu memukul dengan tali dan penyodok tanah untuk menafkahi keluargaku.” lalu Nabi SAW pun mencium tangannya dan bersabda: ((Inilah tangan yang tidak akan disentuh api neraka)

Takhrij

HR. Abu Qasim al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan hal. 263, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 7/342, Ibnul Jauzi dalam al-Maudhuat 2/251.

Batil menurut al-Khatib Baghdadi terdapat perawi pendusta dan pemalsu hadith, iaitu Muhammad bin Tamim al-Firyabi.

Palsu menurut Ibnu Jauzi.

Didhaifkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Ishabah 2/38.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 391 
dan disetujui oleh Syeikh Masyhur bin Ḥasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrij no. 3048. 





No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...