Wednesday, 1 January 2020

Hadith kelebihan zikrullah (pahala lebih baik dari menginfakkan emas dan perak serta syahid)





Matan hadith


وَعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمالِكُمْ ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ ، وَخَيرٍ لَكُمْ مِنْ إنْفَاقِ الذَّهَبِ والفِضَّةِ ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أعْنَاقَكُمْ ؟ )) قَالَوا : بَلَى ، قَالَ : (( ذِكْرُ الله تَعَالَى )) .


Terjemahan

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mahuhkah kuberitahukan kepada kalian amal yang paling baik dan paling suci menurut Rabb kalian, dan yang paling tinggi darjatnya untuk kalian, juga lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kalian lalu kalian menebas batang leher mereka dan mereka membalasnya?” Para sahabat berkata, “Tentu mahu.” Beliau menjawab, “zikir mengingat Allah.”


Takhrij

HR. Tirmidzi, no. 3377; Ibnu Majah, no. 3790.

Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.

Hadith ini disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmidzi dan Sahih Sunan Ibnu Majah.


Faedah hadith


Hadith ini menunjukkan keutamaan berzikir dan itu boleh menyamai pahala berjihad di jalan Allah dan menafkahi harta pada jalan Allah.

Seluruh amal bertujuan untuk mengingat Allah (zikrullah). Tujuan pastilah lebih mulia daripada wasilah (perantara).

Tidak seluruh amal dibalas pahalanya dilihat dari kerja keras. Boleh jadi Allah membalas amalan yang sedikit dengan pahala yang besar.

Zikir yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah zikir yang sempurna dengan lisan, memikirkan dengan hati, dan menghadirkan keagungan Allah.



Rujukan

Bahjah An-Nazhirin Syarah Riyadhus Salihin. Cetakan pertama, Tahun 1430 H. Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali. Penerbit Dar Ibnul Jauzi. 2/462

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...