Matan hadith
مَنْ
قَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ فِي الصَّلَاةِ أَو غَيْرِهَا
كَتَبَ اللهُ لَهُ بَرَاءَةً مِنَ النَّارِ
Terjemahan
“Sesiapa yang
membaca قل هُوَ الله أحد sebanyak 100
kali dalam solat atau selainnya [di luar solat] Allah akan mentakdirkan baginya
pelepasan daripada api neraka.”
Takhrij
HR. al-Thabarani
dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada hadith Fairus al-Dailami.
Al-Suyuthi
dalam al-Durr al-Manthur 15/771 menyatakan bahawa sanadnya dhaif. Dahn beliau mendhaifkannya dalam Jamius Saghir no. 8930.
Kata al-Haithami
dalam Majma’ al-Zawaid 7/148: “Dalam sanadnya ada Muhammad bin
Qudamah al-Jauhari, dia adalah dhaif.”
Juga didhaifkan
oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 5781.
Matan hadith
مَنْ
قَرَأَ كُلَّ يَوْمٍ مِائَتَيْ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مُحِيَ عَنْهُ
ذُنُوبُ خَمْسِينَ سَنَةً إِلَّا أَنْ يَكُونَ عَلَيْهِ دَيْنٌ
Terjemahan
"Barangsiapa
membaca QUL HUWALLAAHU AHAD setiap hari seratus kali, niscaya dosa-dosanya
selama lima puluh tahun akan terhapus, kecuali jika dia mempunyai hutang.
Takhrij
HR. Tirmidzi no.
2898, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2548 dari Anas bin Malik.
Imam at-Tirmidzi
berkata, hadith ini gharib dari hadith Tsabit dari Anas, dan hadith ini telah diriwayatkan
juga dari jalur yang lain dari Tsabit.
Didhaifkan oleh
Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 8/524.
Syeikh al-Albani
menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 300.
No comments:
Post a Comment