Wednesday, 8 January 2020

Kisah bilal mimpi bertemu Rasulullah dan azan terakhir bilal



Matan hadith


ثم إن بلالا رأى في منامه النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول له ما هذه الجفوة يا بلال أما ان لك أن تزورني يا بلال فانتبه حزينا وجلا خائفا فركب راحلته وقصد المدينة فأتى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل يبكي عنده ويمرغ وجهه عليه وأقبل الحسن والحسين فجعل يضمهما ويقبلهما فقالا له يا بلال نشتهي نسمع اذانك الذي كنت تؤذنه لرسول الله صلى الله عليه وسلم في السحر ففعل فعلا سطح المسجد فوقف موقفه الذي كان يقف فيه فلما أن قال (الله أكبر الله أكبر) ارتجت المدينة فلما أن قال (أشهد أن لا إله إلا الله) زاد تعاجيجها فلما أن قال (أشهد أن محمدا رسول الله) خرج العواتق من خدورهن فقالوا أبعث رسول الله صلى الله عليه وسلم فما رئي يوم أكثر باكيا ولا باكية بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك اليوم



Terjemahan

“Kemudian Bilal bermimpi bertemu Rasululllah di dalam tidurnya. Lalu dia ditegur oleh Nabi SAW: “Wahai Bilal! Alangkah keras dan gersangnya hatimu, di mana kerinduanmu kepadaku ,lama kamu tidak menziarahiku.” Bilal pun tersedar dalam keadaan yang sedih dan takut.” Dia terus menunggang tunggangannya menuju ke Madinah lalu menziarahi maqam Nabi SAW. Lalu, dia menangis di sisi maqam Nabi SAW sambil mengusapkan wajahnya pada maqam Nabi SAW. Setelah itu, datanglah al-Hasan dan juga al-Husain yang kemudiannya mereka berdua memeluknya dan menciumnya sambil berkata: “Wahai Bilal! kami rindu untuk mendengarkan azanmu sepertimana dulu kamu azankan untuk Rasulullah SAW pada waktu sahar (sebelum masuknya waktu subuh).” Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua lalu melaungkan azan dari atas bumbung di tempat yang sama ketika dia melaungkan azan dahulu (di zaman Rasulullah). Apabila terdengar laungan suaranya mengucapkan “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, bergegar kota Madinah bergetar. Ketika dia mengumandangan syahadah bertambah lagi gegarannya sehingga ketika dia melaungkan “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!”, para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka sambil berkata, “Apakah Rasulullah diutuskan kembali?.” Sungguh tiada hari yang paling banyak tangisan daripada kaum lelaki dan wanita di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW melebihi daripada hari itu..”


Takhrij

AN. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 7/137 pada biografi Bilal, dari jalan Muhammad bin Faidh, dari Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Sulaiman bin Bilal bin Abu Darda' dari ayahnya dari, datuknya dari , Ummu Darda' dari Abu Darda'.

As-Subki dalam Syifa as-Siqam hal. 52.

Al-Haithami dalam Tuhfat az-Zuwar hal. 67.

Ibnu Athir dalam Usud al-Ghabah 1/415, tanpa sanad.

Al-Mizzi menyebutkan kisah ini dalam Tahdzibul  Kamal 4/289, tanpa menyebut perihal menangis dan mencium kubur.

Az-Zahabi dalam Tarikh Islam 4/273 dengan sanad yang sama dengan Ibnu Asakir.

Ali bin Ahmad as-Samhudi dalam al-Wafa' bi Akhbar al-Musthafa1/44, tanpa sanad.


Kalau dianalisis majoriti sumber hadith ini adalah dari kitab sejarah.



Penilaian ulama


Az-Zahabi berkata riwayat ini mungkar (kategori dhaif beratdalam Siyar A’lam al-Nubala’, 1/357-358.

al-Imam al-Syaukani dalam Nailul Awthar 5/114 beliau mengatakan bahawa atsar ini dibawa oleh Ibnu Asakir dengan sanad yang baik.

Ibnu Abdil Hadi dalam As-Syarimul Munki berkata atsar ini tidak sahih hal. 314.

Penilaian jayyid as-Subki juga telah disanggah oleh Ibnu Abdil Hadi dalam As-Syarimul Munki:-.

Seluruh hadith yang dibawakan As-Subki dalam masalah ini, yang diklaim berjumlah belasan hadith, bukan hadith-hadith sahih. Bahkan semuanya hadith yang sangat lemah (Ahadith la -Tashih hal. 6)


Kisah ini sangat jelas kedustaannya.” (Lisan al-Mizan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, 1/359, biografi no. 294).

Manakala selain komentar dalam Nailul Awthar, al-Imam al-Syaukani mengatakan atsar ini tidak ada asalnya.” (al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah 1/41, no. 66).

Al-Mizzi dalam Tahzibul Kamal mengisyaratkan lemahnya riwayat ini kerana beliau menggunakan lafaz يقال

Syeikh al-Albani berkata Riwayat ini batil, palsu, kedustaan yang nyata. Terlihat jelas dari beberapa sisi, yang paling jelas adalah perkataan ‘Bilal mendatangi kubur Nabi sambil menangis di sisinya’, perkataan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa kubur Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam nampak jelas seperti kuburan orang lain yang dapat didatangi siapa saja. Ini sebuah kebatilan yang nyata bagi orang yang mengetahui sejarah. Bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dimakamkan di kamar Aisyah Radhi’allahu’anha di dalam rumahnya, yang tidak diperbolehkan masuk kecuali atas izin Aisyah. Hal ini masih berlaku hingga masa pemerintahan Umar Radhiallahu’anhu‘ (Ad Difa’ An Al Hadith An Nabawi Wa As Sirah, 95)



Rujukan

Irsyad al-Hadith no. 447.

Ahadits Laa Tashih, Sulaiman bin Shalih Al Khurasyi, hal.6


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...