Matan hadith
قال الفقيهُ (أبو الليث السمرقندي) -رحمه الله-:
حدثني أبي - رحمه الله تعالى - حدثنا أبو الحسن الفراء حدثنا أبو بكر
الجرجاني عن محمد بن إسحاق عمن حدثه عن معمر عن الزهري قال: دخل عمرُ بن الخطاب
على رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وهو يبكي، فقال له رسول الله صلى الله عليه
وسلم: وما يبكيك يا عمر؟ فقال: يا رسول الله بالباب شابٌّ قد أحرق فؤادي وهو يبكي،
فقال له رسول الله: ما يبكيك يا شاب؟ قال: يا رسول الله أبكتني ذنوب كثيرة وخفت من
جبار علي، فقال رسول الله: أأشركت بالله شيئًا يا شاب؟ قال: لا قال: أقتلت نفسًا
بغير حق؟ قال: لا، قال فإن الله يغفر ذنبك ولو كان مثل السموات السبع والأرضين
السبع والجبال الرواسي، قال: يا رسول الله ذنبي أعظم من السموات السبع والأرضين
السبع والجبال الرواسي، فقال رسول الله: ذنبك أعظم أم الكرسي؟ قال: ذنبي أعظم،
قال: ذنبك أعظم أم العرش؟ قال: ذنبي أعظم. قال رسول الله: ذنبك أعظم أم إلهك؟
-يعني عفو الله- قال: بل الله أعظم وأجل، قال: "لا يغفر الذنب العظيم إلا
الله العظيم" –يعني التجاوز- قال: أخبرني عن ذنبك، قال: فإني أستحي منك يا رسول
الله، قال: أخبرني عن ذنبك، قال: يا رسول الله إني كنت رجلًا نباشًا أنبش القبور
منذ سبع سنين، حتى ماتت جارية من بنات الأنصار، فنبشت قبرها، فأخرجتها من كفنها،
فمضيتُ غيرَ بعيد إذ غلب الشيطان على نفسي، فرجعت فجامعتها، فمضيت غير بعيد إذ
قامت الجارية وقالت: ويلك يا شاب أما تستحي من ديان يوم الدين يضع كرسيه للقضاء
ويأخذ للمظلوم من الظالم، تتركني عريانة في عسكر الموتى وأوقفتني جنبًا بين يدي
الله عز وجل، فوثب رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وهو يدفع في قفاه وهو يقول: يا
فاسق ما أحوجَك إلى النار، اخرج عني، فخرج الشاب تائبًا إلى الله تعالى أربعين
ليلة، فلما تم له أربعين ليلة رفع رأسه إلى السماء فقال: يا إله محمد وآدم وحواء،
إن كنت غفرت لي فأعلم محمدًا وأصحابه، وإلا فأرسل نارًا من السماء فأحرقني بها
ونجني من عذاب الآخرة، قال: فجاء جبريل إلى النبي، فقال: السلام عليك يا محمد، ربك
يقرئك السلام فقال: هو السلام ومنه السلام وإليه يرجع السلام، قال: يقول الله
تعالى: أنت خلقت الخلق؟ قال: بل هو الذي خلقني وخلقهم، قال: يقول أنت ترزقهم؟ قال:
بل الله يرزقهم وإياي، قال: يقول أنت تتوب عليهم؟ قال: بل الله يتوب علي وعليهم،
قال: يقول الله تعالى: تب على عبدي؛ فإني تبت عليه، فدعا النبي - صلى الله عليه
وسلم - الشاب وبشره بأن الله تعالى تاب عليه
Terjemahan
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Azzuhri r.a. berkata: ” Pada suatu hari Umar
masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil menangis. maka ditanya:” Ya Umar,
mengapakah kau menangis?.” Jawabnya: “Ya Rasulullah, dimuka pintu ini ada
seoarng pemuda telah membakar hatiku sambil menangis.” Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: “Ya Umar, masukkan dia kepadaku.” Maka dimasukkan sambil menangis dan
ditanya Nabi Muhammad s.a.w.: “Hai pemuda, apakah yang menyebabkan kau
menangis?” jawabnya: “Ya Rasulullah, saya menangis kerana dosa-dosaku banyak
sedang aku takut kepada Tuhan yang maha perkasa sedang murka kepadaku.” Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya: “Apakah kau mempersekutukan Allah s.w.t., hai
pemuda?” Jawabnya: “Tidak.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah kau
membunuh jiwa tanpa hak?” Jawab pemuda itu: “”Tidak.” Sabda Nabi Muhammad
s.a.w. “Maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosamu walaupun sebesar tujuh
petala langit dan bumi dan bukit-bukit.” Jawab pemuda itu: “Ya Rasulullah, dosa
ku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit.” Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya: “Dosamu lebih ataukah alkursi?” Jawab pemuda itu: “Dosaku lebih
besar.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Dosamu lebih besar ataukah arsy?”
Jawab pemuda itu: “Dosaku leboh besar.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi:
“Dosamu lebih besar atau maafnya Allah s.w.t.?” Jawab pemuda itu: “Maafnya
Allah s.w.t. lebih besar.” Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Sungguh tidak dapat
mengampunkan dosa besar kecuali Allah s.w.t. yang maha besar, yang maha maaf
dan ampunanNya. Hai pemuda beritakan kepadaku, apakah dosamu itu?” Jawab pemuda
itu: ” Jawabnya: “Saya malu dari engkau, ya Rasulullah.” Nabi Muhammad s.a.w.
menekan: “ Beritakan kepadaku apakah dosamu itu?.” Jawab pemuda itu: ” Ya
Rasulullah, saya tukang gali kubur sejak tujuh tahun lalu dan pada suatu hari
saya menggali kubur gadis dari kaum Ansar dan setelah saya telanjangi dari
kafannya, saya tinggalkan tetapi tidak jauh bangkit hawa nafsuku, maka saya
kembali dan mensetubuhi mayit gadis itu hingga puas lalu saya tinggalkan, belum
jauh tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata: “Celaka kau hai pemuda, tidakkah
malu engkau dari Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kemudian, bila
tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiaya, kau
birkan saya telanjang dan kau hadapkan aku dihadapan Allah sebagai orang
janabat.” Nabi Muhammad s.a.w. mendengar keterangan itu segera bangkit bagaikan
terdorong dari belakang sambil berkata: “Hai fasik, alangkah layaknya engkau
masuk neraka, keluarlah dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kepada
Allah s.w.t. selama empat puluh hari dan pada malam keempat puluh ia melihat
kelangit sambil berkata: “Ya Tuhannya Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawwa,
jika Engkau telah mengampunkan aku maka beritahulah kepada Nabi Muhammad dan
sahabat-sahabatnya, jika tidak maka kirimkan pada aku api dari langit dan
bakarlah aku didunia ini, dan selamatkan aku dari siksa akihirat.” Maka turun
malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesudah memberi salam ia
berkata: “Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.” Jawab Nabi Muhammad
s.a.w. “Dialah Assalam, dan daripadanya salam kepadamu dan kepadaNya segala
keselamatan.” Jibril berkata: “Allah bertanya, apakah kau menjadikan makhluk?”
Jawab Nabi Muhammad s.a.w. “Bahkan Allah yang menjadikan aku dan semua
makhluk.” Lalu ditanya: “Apakah kau memberi rezeki kepada mereka?” Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: “Bahkan Allah memberi rezeki kepadaku dan mereka.”
Kemudian ditanya lagi: “Apakah kau memberi taubat kepada mereka?.” Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: “Bahkan Allah memberi taubat kepadaku dan mereka.”
Lalu Jibril berkata Allah s.w.t. berfirman: “ Maafkanlah hambaKu itu kerana Aku
telah memaafkan padanya.” Maka Nabi Muhammad s.a.w. segera memanggil pemuda itu
dan memberitahu padanya bahawa Allah s.w.t. telah menerima taubat kepadanya dan
memafkannya.”
Takhrij
HN.
Abul Laits as-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 55 dari Umar al-Khattab
ra. (Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, 2016). Juga ditemukan sebagai sebuah hikayat
dalam Durratun Nasihin hal. 185-186 (Cetakan Darul, Fikr 2017), dan Tafsir
al-Tha’labi 8/244.
Tiada asal, bukan kalam Nabi saw, juga bukan kalam orang soleh mahupun
orang bijak pandai (alukah.net/47924)
Tidak dijumpai dalam kitab-kitab Sunnah (dorar.net hadith palsu no. 193)
Tiada asal dari kitab Sunnah, tidak halal menisbatkan ia kepada Nabi saw
(Fatwa Syabakah Islamiyyah no. 73486)
Rujukan
https://www.facebook.com/ahadeth.daeefa.batela/posts/834857619917902:0
No comments:
Post a Comment