Saturday, 14 March 2020

Hadith ibubapa menipu anak-anak



Matan hadith

من قال لصبي تعال هاك ثم لم يعطه فهي كذبة


Terjemahan

Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil 'Kesini, ambil ini' kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.


Takhrij

HR. Ahmad no. 9836, dari Abu Hurairah ra.

Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini sahih menuruti syarat sahihain.

Al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 1/147, Ibn Syihab tidak mendengar dari Abu Hurairah.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan lighairih di dalam Sahih Targhib no. 2942.

Sebahagian orang menipu kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak menuntut kembali janji itu sedangkan hakikatnya perbuatan ini meletakkan pelakunya dalam perbuatan menipu. [Al-Dhiya' al-Lami' min al-Khutab al-Jawami' 7/514].

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...