Friday, 20 March 2020

Hadith Nabi saw puasa 3 bulan berturut-turut



Matan hadith


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ §لَمْ يُتِمَّ صَوْمَ شَهْرٍ بَعْدَ رَمَضَانَ، إِلَّا رَجَبَ وَشَعْبَانَ


Terjemahan

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyempurnakan puasa sebulan penuh selepas Ramadhan melainkan bulan Rejab dan Sya’ban.


Takhrij

HR. At-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, no. 9422 daripada Abu Hurairah ra.

Hadith ini dhaif jiddan. kerana: 

Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Yusuf bin Athiyyah bin Thabit.

Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.

Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).

Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur’ ah dan Imam Ad-Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya.

Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak harus berhujjah dengannya.

Kata Imam Ibnu Ma’in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang sahih untuk dijadikan pegangan).

Ibnu Hajar menilai hadith ini munkar dalam Tabyinul Ajab no. 20

Hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang puasa tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya’ban dan seterusnya disambung dengan Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam.

Tidak thabit Nabi s.a.w. berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan Ramadhan sahaja. Inilah amalan Nabi s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aishah r.a. katanya: Dan aku tidak pemah melihatnya (Nabi s.a.w.) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadhan.



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...