Teks hadith
Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan Ibn al-Sunni, daripada Hajjaj bin
Imran al-Sadusi, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah
daripada Thaur bin Yazid daripada Khalid bin Ma'dan daripada Abdul Malik bin
Marwan, bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada
Nabi sallahu alaihi wa sallam tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang
menimpanya, lalu Baginda shallahu alaihi wa sallam mengajarnya doa:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ،
وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ،
أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Terjemahan
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata
manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku
dan tenangkanlah malamku ini .
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 4817 dan Ibnu Sunni dalm
‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 751 daripada Zaid bin Thabit ra. Syeikh
al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1328.
Walaupun hadith ini didhaifkan majoriti ulama hadith, tetapi disi ahli
ilmu ia dapat digunakan dalam fadhilat amal. (Fatwa Syabakah Islamiyah no.
93431).
No comments:
Post a Comment