Wednesday, 22 April 2020

Hadith membaca al-Quran di kubur



Hadith 1


Matan hadith

أَخْبَرَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُبَشِّرٌ الْحَلَبِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْعَلَاءِ بْنِ اللَّجْلَاجِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: ” إِنِّي إِذَا أَنَا مُتُّ، فَضَعْنِي فِي اللَّحْدِ، وَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ، وَسُنَّ عَلَيَّ التُّرَابَ سَنًّا، وَاقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِي بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَأَوَّلِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ ذَلِكَ قَالَ الدُّورِيُّ: سَأَلْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ قُلْتُ: تَحْفَظُ فِي الْقِرَاءَةِ عَلَى الْقُبُورِ شَيْئًا، فَقَالَ: لَا. وَسَأَلْتُ يَحْيَى بْنَ مَعِينٍ، فَحَدَّثَنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ

Terjemahan

Telah mengkhabarkan kepada kami Al-‘Abbas bin Muhammad ad-Duuriy ia berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ma’in ia berkata, telah menceritakan kepada kami Mubasysyir Al-Halabiy ia berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman bin Al-‘Alaa` bin Al-Lajlaaj, dari Ayahnya beliau berkata : “jika aku meninggal dunia nanti, maka letakkanlah aku di lahad dan engkau berkata, Demi nama Allah diatas sunnah Rasulullah, kemudian taburkan debu kepadaku. Bacakanlah disisi kepalaku surah Al-Fatihah dan awal-awal surah Al-Baqarah serta akhir-akhir surah Al- Baqarah, kerana aku mendengar Abdullah bin Umar radhiyAllahu ‘anhu berkata demikian”.

Ad-Duuriy berkata, aku bertanya kepada Ahmad bin Hanbal : ‘apakah engkau hafal sebuah hadith tentang membaca Al-Quran di kuburan?’, beliau menjawab, tidak. Kemudian aku bertanya kepada Yahya bin Ma’in, kemudian beliau membawakan hadith ini.

Takhrij

HR. Baihaqi di dalam Sunan Kubra no. 7968. HN. Abu Bakar ibnu Al-Khalaal di dalam kitab Al-Qira'ah ‘Inda Al-Qubuur 1/87. Dhaif, kerana perawi bernama Abdul Rahman bin Al-‘Alaa`, seorang perawi majhul.




Hadith 2

Matan hadith

وَأَخْبَرَنِي الْعَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الْكَرِيمِ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو شُعَيْبٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ أَحْمَدَ بْنِ شُعَيْبٍ الْحَرَّانِيُّ مِنْ كِتَابِهِ قَالَ: حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الضَّحَّاكُ الْبَابُلُتِّيُّ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ نَهِيكٍ الْحَلَبِيُّ الزُّهْرِيُّ، مَوْلَى آلِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: سَمِعْتُ عَطَاءَ بْنَ أَبِي رَبَاحٍ الْمَكِّيَّ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلَا تَجْلِسُوا، وَأَسْرِعُوا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ، وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ، وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَتِهَا فِي قَبْرِهِ»

Terjemahan

Telah mengkhabarkan kepada kami Al-‘Abbas bin Muhammad bin Ahmad bin Abdul Karim ia berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Syu’aib Abdullah bin Al-Husain bin Ahmad bin Syu’aib Al-Haraaiy dari bukunya ia berkata, telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abdullah Adh-Dhahhaak Al-Babultiy, telah menceritakan kepada kami Ayyub bin Nuhaik Al-Halabiy Az-Zuhriy –Maulaa Alu Sa’ad bin Abi Waqqash ia berkata, aku mendengar Atha’ bin Abi Rabah Al-Makkiy berkata, aku mendengar Ibnu Umar radhiyAllahu ‘anhu berkata, aku mendengar Nabi shalAllahu ‘alaihi wa Salam bersabda : “Jika kalian meninggal dunia, maka janganlah ia didiamkan (lama), segera kuburkan, dan bacakan disisi kepalanya surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah, dan disisi kakinya akhir surat Al-Baqarah di kuburnya”.

Takhrij

HN. Abu Bakar ibnu Al-Khalaal di dalam kitab Al-Qira'ah ‘Inda Al-Qubuur 1/88. Hadith mauquf, dhaif kerana terdapat dua perawi yang dikatakan lemah iaitu Yahya Al-Babulitiy dan Ayyub bin Nuhaik oleh ulama hadith.



*Hadith 3

Matan hadith

وَأَخْبَرَنِي الْحَسَنُ بْنُ أَحْمَدَ الْوَرَّاقُ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ مُوسَى الْحَدَّادُ، وَكَانَ صَدُوقًا، وَكَانَ ابْنُ حَمَّادٍ الْمُقْرِئُ يُرْشِدُ إِلَيْهِ، فَأَخْبَرَنِي قَالَ: ” كُنْتُ مَعَ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ، وَمُحَمَّدِ بْنِ قُدَامَةَ الْجَوْهَرِيِّ فِي جِنَازَةٍ، فَلَمَّا دُفِنَ الْمَيِّتُ جَلَسَ رَجُلٌ ضَرِيرٌ يَقْرَأُ عِنْدَ الْقَبْرِ، فَقَالَ لَهُ أَحْمَدُ: يَا هَذَا،إِنَّ الْقِرَاءَةَ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ فَلَمَّا خَرَجْنَا مِنَ الْمَقَابِرِ قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ: يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ، مَا تَقُولُ فِي مُبَشِّرٍ الْحَلَبِيِّ؟ قَالَ: ثِقَةٌ، قَالَ: كَتَبْتَ عَنْهُ شَيْئًا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَأَخْبَرَنِي مُبَشِّرٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْعَلَاءِ بْنِ اللَّجْلَاجِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ أَوْصَى إِذَا دُفِنَ أَنْ يُقْرَأَ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا، وَقَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ يُوصِي بِذَلِكَ. فَقَالَ لَهُ أَحْمَدُ: فَارْجِعْ، فَقُلْ لِلرَّجُلِ يَقْرَأْ

Terjemahan

Telah mengkhabarkan kami Al-Hasan bin Ahmad Al-Waraq ia berkata, telah bercerita kepadaku Ali bin Musa Al-Haddaad –beliau shaduq-, Ibnu Hammad al-Muqriy telah menunjukinya lalu memberitahukan kepadaku ia berkata : “aku bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhariy ketika menghantar jenazah, setelah mayat dikuburkan, duduklah seorang buta membacakan Al-Quran dekat kuburannya, maka Ahmad berkata kepadanya : “apakah ini, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di kuburan adalah bid’ah”. Tatkala kami keluar dari pekuburan, Muhammad bin Qudaamah berkata kepada Ahmad bin Hanbal : “wahai Abu Abdillah, apa pendapatmu tentang Mubasysyir Al-Halabiy?”, beliau menjawab, “tsiqah, apakah engkau pernah menulis hadith darinya?, jawabnya, “betul”. Lanjutnya, telah mengkhabarkan kepadaku Mubasysyir dari Abdur Rahman bin Al-‘Alaa` bin Al-Lajlaaj dari bapaknya bahawa ia berwasiat kalau nanti dikebumikan, minta dibacakan Al-Fatihah, Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah disisi kepalanya, lalu ia berkata, aku mendengar Ibnu Umar radhiyAllahu ‘anhu berwasiat demikian”. Maka Ahmad berkata, “kembalilah, lalu katakan kepada laki-laki tadi untuk melanjutkan bacaan Al Qurannya”.

Takhrij

HN. Ibnu Qayyim di dalam ar-Ruuh 1/10. HN. Abu Bakar ibnu Al-Khalaal di dalam kitab Al-Qira'ah ‘Inda Al-Qubuur 1/88. Dhaif.




Kesimpulan

Kesemua hadith di atas tidak sah dari Ibnu Umar (Ahkam Al-Janaiz Wa Bida’iha ha. 192).

Tidak ada nas sahih yang menyokong amalan membaca Al-Quran di kubur. Semua hadith berkenaan amalan tersebut tiada asal usulnya  (Ahkam Al-Janaiz Wa Bida’iha ha. 191).


Rujukan

Ahkam Al-Janaiz Wa Bida’iha hal. 191-193.

Fiqh Sunnah 2/86.

Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah 32/255-256.


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...