Matan hadith
مَا مِنْ أَحَدٍ يَمُرُّ
بِقَبْرِ أَخِيهِ الْمُؤْمِنِ كَانَ يَعْرِفُهُ فِي الدُّنْيَا فَيُسَلِّمُ
عَلَيْهِ إلَّا عَرَفَهُ وَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ
Apabila ada seseorang yang melewati kuburan saudaranya sesama
mukmin yang dia kenal di dunia, lalu dia
memberi salam, maka saudaranya akan akan menjawab salamnya.
Majoriti ulama hadith mendhaifkan hadith tersebut
kerana terdapat beberapa perawi yang dhaif, matruk, tidak kuat: Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, Bakr bin
Sahl ad-Dimyathi
Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/23
Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 10/380
Az-Zahabi dalam Mizan I'tidal 2/565
As-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8043
Syeikh al-Albani dalam Dhif Jami' no. 5208.
Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar 'Alam an-Nubala 12/590
Ia disahihkan sebahagian ulama seperti:-
Ibnu Mubarak yang dinaqalkankan oleh Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa
24/331.
Al-Qurtubi dalam al-Mufhim 1/500.
Al-Iraqi dalam Takhrij Ihya' 4/491.
Aa-Syaukani dalam Naulul Authar 3/304.
Syeikh Bin Baz pula berkata:-
Adapun seorang yang datang mengucapkan salam kepada mereka, di sini ada
khilaf di kalangan para Ulama.
Terdapat khabar (riwayat) yang padanya terdapat kelemahan, bahawasanya
jika datang berziarah orang yang dikenalnya, Allah akan mengembalikan rohnya
hingga menjawab salam. Pendapat ini memiliki unsur kekuatan (juga). Di antara
(penguatnya) adalah hadith sahih Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Tidaklah ada seseorang yang mengucapkan salam kepadaku kecuali Allah
akan mengembalikan rohku dan menjawab salamnya. Pendapat ini adalah memiliki
unsur kekuatan.
Pendapat yang menyatakan bahawa jika ada seseorang yang dikenalnya di
dunia mengucapkan salam, rohnya akan dikembalikan, dan dia menjawab salam,
adalah pendapat yang memiliki unsur kekuatan.
Akan tetapi hadith-hadith terkait dengan itu dalam kesahihannya perlu
dikaji lebih lanjut. Padanya terdapat kelemahan. Maka dikatakan: semua itu
berkemungkinan saja. Allahu A’lam, mungkin saja.
Jika hadith-hadithnya sahih. Kerana pada hadith-hadith itu padanya ada
unsur kelemahan (dan juga penguat).
Rujukan
https://binbaz.org.sa/fatwas/11189/
No comments:
Post a Comment