Wednesday, 22 April 2020

Hadith Solat Isyraq



Matan hadith


مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ


Terjemahan

“Sesiapa menunaikan  subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia ber pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna”


Takhrij

HR. at-Tirmidzi, Kitab Safar, Bab Dzikrima  Yustahabbu min al-Julusi fi al-Masjid ba'da  Subh hatta Tathlu'a ash - Syamsu, dari Anas bin Malik no. 586. Menurut at-Tirmidzi hadith ini hasan gharib, Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan hadith ini gharib dalam Nataij al-Afkar (2/318); al-Albani menghasankannya; Zubair Ali Zai mendhaifkannya; Syeikh Muhammad Bazamul mengatakan hasan ligharih).



Matan hadith

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ


Terjemahan

“Sesiapa menunaikan  subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal di dalam masjid sehingga menunaika  sunat dhuha, pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna”.


Takhrij

HR. at-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir, dari Abu Umamah RA, no. 7663, dihasankan oleh al-Albani dan Syeikh Muhammad Bazamul.




Hukum hadith

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan sunat selepas subuh ini adalah sunat dhuha ataupun sunat isyraq.



Pendapat pertama

Solat sunat isyraq adalah tersendiri berbeza dengan sunat dhuha (Fatawa al-Kubra, 1/188; Hasyiyah al-Jamal, 1/485; Hasyiyah al-Bujairmi ‘ala al-Khatib, 1/420; Fathul Mu’in, hlm. 164.)


Pendapat kedua

Solat sunat isyraq adalah sunat dhuha tetapi dilakukan pada awal waktu dhuha. Pendapat ini mengemukakan dalil seperti hadith no. 2 di atas dan atsar sahabat dari Ibnu Abbas (Fatawa ar-Ramli, hlm.124; Hasyiyah al-Jamal, 1/485; Fathul Mu’in, hlm. 164; I’anatu at-Thalibin, 1/393).

Turut dinaqalkan dari Ibnu Abbas RA yang menyebutkan:  isyraq adalah dhuha (Kifayatu al-Akhyar, hlm. 88. Bughyat al-Muttawwi’, hlm. 79)

Mufti Wilayah Persekutuan juga mentarjihkan pendapat kedua dan mengatakan waktu isyraq mengambil hukum dhuha.

Ibnu Utsaimin mengatakan,


سنة الإشراق هي سنة الضحى ، لكن إن أديتها مبكراً من حين أشرقت الشمس وارتفعت قيد رمح فهي صلاة الإشراق، وإن كان في آخر الوقت أو في وسط الوقت فإنها صلاة الضحى


Solat sunat isyraq termasuk dhuha, hanya saja dikerjakan di awal waktu, ketika matahari terbit, dan sudah naik sekitar satu tombak, itulah syarat isyraq. Namun jika dilakukan di akhir waktu atau di pertengahan waktu maka statusnya adalah dhuha. (Liqa’at Bab al-Maftuh, 24/141).




Rujukan

Al-Kafi li al-Fatawi no. 127

Fatwa Soal Jawab Islam no. 129956.

Bughyatul Mutathawwi, 2015. Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Bogor.

Fiqh Hadith  Sunat Isyraq, Laman info agama, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...