Hadith yang diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ
انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Apabila manusia mati maka amalnya terputus kecuali kerana tiga hal:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan orang
tuanya. (HR. Muslim no. 4310, Abu Daud no. 2882 dan Ahmad no. 9079).
Siapa Anak Soleh itu?
Dalam kitab Aunul Ma’bud, Syarh Sunan Abi Daud, disebutkan dua
keterangan ulama tentang makna anak soleh dalam hadith ini,
1) Anak soleh adalah anak muslim yang menjalan kewajiban agama dan
menjauhi dosa besar.
Kemudian dibawakan keterangan Ibnu Malik, yang mengatakan,
قيد الولد بالصالح لأن
الأجر لا يحصل من غيره
Anak ini diberi sifat soleh, kerana pahala tidak akan diperoleh dari
selainnya.
2) Anak soleh dalam hadith maksudnya adalah anak yang mukmin. Ini
merupakan keterangan Ibnu Hajar al-Makki.
Dan inilah pendapat yang lebih mendekati kebenaran, insyaaAllah. Hanya
ikatan iman, yang akan abadi sehingga doa anak boleh sampai ke orang tuanya. (Aunul
Ma’bud, 8/62)
Rujukan
https://konsultasisyariah.com/26254-apa-maksud-doa-anak-soleh.html
No comments:
Post a Comment