Thursday, 7 May 2020

Sifat syurga



Matan dan sanad hadith


 أَخْبَرَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ سَعْدَانَ الْجُهَنِيِّ عَنْ أَبِي مُجَاهِدٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُدِلَّةَ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْجَنَّةُ مَا بِنَاؤُهَا قَالَ لَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ وَلَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ مِلَاطُهَا الْمِسْكُ الْأَذْفَرُ وَحَصْبَاؤُهَا الْيَاقُوتُ وَاللُّؤْلُؤُ وَتُرَابُهَا الزَّعْفَرَانُ مَنْ يَدْخُلْهَا يَخْلُدْ فِيهَا يَنْعَمُ لَا يَبْؤُسُ لَا يَفْنَى شَبَابُهُمْ وَلَا تَبْلَى ثِيَابُهُمْ


 Terjemahan

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu 'Ashim dari Sa'dan Al Juhani dari Abu Mujahid telah menceritakan kepada kami Abu Mudillah bahawa ia mendengar Abu Hurairah berkata; Kami bertanya; Wahai Rasulullah, dibangun dari apakah syurga itu? Beliau menjawab: "Batu bata emas, batu bata perak dan adukannya (lantainya) adalah minyak misik yang harum baunya. Barangsiapa yang memasukinya, maka ia akan kekal di dalamnya, bergelimang kenikmatan, tidak akan sengsara, masa mudanya tidak akan pernah pudar, dan pakaiannya tidak akan pernah usang."



Takhrij

HR. Ahmad no. 9367, Darimi no. 2700, Tirmidzi no. 2526 (dengan redaksi yang berbeza), daripada Abu Hurairah ra.

Sahih menurut Syeikh al-Arnauth dengan syawahidnya.

Sanadnya jayyid menurut pentahqiq Sunan Darimi.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...