Tuesday 19 May 2020

Syaitan-syaitan yang dipenjara oleh Nabi Sulaiman as. dibawah laut



Matan hadith

ان في البحر شياطينَ مسجونةً او شَقَها سليمان يوشكُ انْ تخرُجَ فتقرأ علي الناس قرآنا

Terjemahan

Sesungguhnya di tengah lautan terdapat setan-setan yang diikat oleh Sulaiman a.s . Sudah dekat masanya bagi setan-setan itu terbebas dan mereka akan membaca Alqur’an di hadapan manusia.”

Takhrij

HR.Muslim dalam Al-muqaddimah no. 7, daripada Abdullah bin Amr al-Ash ra..

Ibnu Utsaimin berkata ia sebuah khabar yang tidak boleh dipercayai begitu sahaja, tidak pula bohong, tidak ada hukum atasnya. (Syarah Sahih Muslim Ibnu Utsaimin 1/33).

Ibn Baz juga memberikan komentar yang sama, ia juga sebuah khabar israiliyat (Fatwa bin Baz no. 3291).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...