Disebutkan dalam
kitab kitab al-‘Ilal fi Ma’rifatir Rijal 2/492 no. 3243, bahawa Abdullah bin
Ahmad bertanya kepada Imam Ahmad sebagai berikut;
سألته عن الرجل يمس منبر النبي (صلّى الله
عليه و سلّم) و يتبرك بمسّه ويقبله ويفعل بالقبر مثل ذلك أو نحو هذا يريد التقرب
إلى الله جل وعز فقال: لا بأس بذلك
“Saya bertanya
kepadanya (Imam Ahmad) terkait seseorang yang menyentuh mimbar Nabi saw. Dan
dia bertabarruk dengan cara menyentuhnya dan kemudian menciumnya, dan ia
melakukan seperti itu pada kuburan atau lainnya dengan tujuan mendekatkan diri
kepada Allah. Maka Imam Ahmad menjawab, ‘Tidak ada masalah dalam perbuatan
tersebut.’”
Takhrij
Dalam Siyar ‘Alam
an-Nubala 11/212, Imam az-Zahabi berkata: Manakah orang yang tanatthu’
(berlebih-lebihan) dan inkar terhadap Imam Ahmad bin Hanbal? Padahal telah
tetap apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahwa beliau
bertanya tentang orang yang menyentuh mimbar Nabi dan kamar (kubur) Nabi. Lalu
Ahmad bin Hanbal menjawab: Tidak apa-apa. Semoga Allah melindungi kita dari
pendapat khawarij dan dari kebid’ahan.
Akan tetapi
penisbatan ini kepada Imam Ahmad diragui oleh pengikut – pengikut Mazhab
Hanbali.
Al-Hafiz Ibnu Hajar
berkata:
اسْتَنْبَطَ بَعْضُهُمْ مِنْ مَشْرُوعِيَّةِ
تَقْبِيلِ الْأَرْكَانِ جَوَازَ تَقْبِيلِ كُلِّ مَنْ يَسْتَحِقُّ التَّعْظِيمَ
مِنْ آدَمِيٍّ وَغَيْرِهِ ، فَأَمَّا تَقْبِيلُ يَدِ الْآدَمِيِّ فَيَأْتِي فِي
كِتَابِ الْأَدَبِ ، وَأَمَّا غَيْرُهُ فَنُقِلَ عَنِ الْإِمَامِ أَحْمَدَ أَنَّهُ
سُئِلَ عَنْ تَقْبِيلِ مِنْبَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَتَقْبِيلِ قَبْرِهِ فَلَمْ يَرَ بِهِ بَأْسًا وَاسْتَبْعَدَ بَعْضُ أَتْبَاعِهِ
صِحَّةَ ذَلِكَ ، ،
Sebahagian ulama
mengistinbathkan hukum daripada pensyariatan mencium Hajarul Aswad sebagai
dalil bolehnya mencium setiap benda yang layak untuk dihormati daripada
kalangan manusia dan selain manusia. Adapun mencium tangan manusia, huraiannya
akan datang dalam kitab al-Adab. Adapun mencium selainnya; dinukilkan daripada
Imam Ahmad bahawa beliau ditanya tentang mencium mimbar Nabi saw dan mencium
kubur baginda. Imam Ahmad berpendapat tiada masalah untuk melakukan hal
tersebut. Akan tetapi sebahagian pengikut Imam Ahmad menafikan kesahihan
pendapat Imam Ahmad tersebut.
وَنُقِلَ عَنِ ابْنِ أَبِي الصَّيْفِ الْيَمَانِيِّ
أَحَدِ عُلَمَاءِ مَكَّةَ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ جَوَازَ تَقْبِيلِ الْمُصْحَفِ
وَأَجْزَاءِ الْحَدِيثِ وَقُبُورِ الصَّالِحِينَ
Dinukilkan daripada
Ibnu Abi Al-Saif Al-Yamani, yang merupakan salah seorang ulama mazhab Syafie di
Mekah, bahawa dibolehkan mencium mushaf al-Quran, kitab hadith dan kubur orang
soleh.
الْأَحْكَامُ الَّتِي تُنْسَبُ إِلَى الدِّينِ لَا
بُدَّ مِنْ ثُبُوتِهَا فِي نُصُوصِ الدِّينِ وَكُلُّ مَا لَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ
الْأَمْرُ فِي زَمَنِ التَّشْرِيعِ وَفِي نُصُوصِ التَّشْرِيعِ فَهُوَ مَرْدُودٌ
عَلَى مَنْ يَزْعُمُهُ . وَتَقَدَّمَ قَوْلُ الْإِمَامِ الشَّافِعِيِّ; وَلَكِنَّا نَتَّبِعُ السُّنَّةَ فِعْلًا أَوْ
تَرْكًا; وَهُوَ مُقْتَضَى
قَوْلِ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ عُمَرَ فِيمَا خَاطَبَ بِهِ الْحَجَرَ الْأَسْوَدَ
بِرَقْمِ 1597 و 1610 . هَذِهِ هِيَ النُّصُوصُ وَسَيَأْتِي قَوْلُ الْحَافِظِ
عَنِ ابْنِ عُمَرَ فِي جَوَابِهِ لِمَنْ سَأَلَهُ عَنِ اسْتِلَامِ الْحَجَرِ; أَمَرَهُ إِذَا سَمِعَ الْحَدِيثَ أَنْ يَأْخُذَ بِهِ
وَيَتَّقِيَ الرَّأْيَ; . وَالْخُرُوجُ عَنْ
هَذِهِ الطَّرِيقَةِ تَغْيِيرٌ لِلدِّينِ وَخُرُوجٌ بِهِ إِلَى غَيْرِ مَا
أَرَادَهُ اللَّهُ . وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ .
Hukum-hakam yang
dinisbahkan kepada agama mestilah wujud dalilnya daripada nas-nas agama. Setiap
perkara yang tiada arahan di zaman turunnya syariat di dalam nas-nas syariat,
maka ia adalah tertolak. Telah disebutkan perkataan Al-Imam Al-Syafie, beliau
berkata: Kami mengikut sunnah dalam melakukan dan meninggalkan sesuatu. Ini
berdasarkan kata-akat Amir al-Mukminin, Umar ra dalam khutbahnya berkaitan
Al-Hajar Al-Aswad dalam hadith no. 1597 dan hadith no. 1610. Ini merupakan
nas-nas yang akan datang penjelasannya oleh Al-Hafiz daripada riwayat Ibn Umar
dalam jawapannya kepada orang yang bertanya kepadanya tentang menyentuh
Al-Hajar Al-Aswad beliau menyuruh orang itu apabila mendengar hadith, hendaklah
mengikutnya dan menjauhi pendapat sendiri. Keluarnya seseorang daripada manhaj
ini akan mengubah agama ini, dan menyebabkan seseorang keluar dengannya menuju
kepada bukan perkara yang Allah kehendaki. (Fathul Bari 3/ 553).
Lihatlah perkataan
Umar al-Khattab ra:
عَنْ عُمَرَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى
الْحَجَرِ الأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ، فَقَالَ إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ لاَ
تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ،
وَلَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه
وسلم يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ.
Daripada Umar ra,
beliau tiba di Hajarul Aswad lalu beliau menciumnya. Kemudian Umar berkata:
Sesungguhnya aku
tahu engkau adalah batu. Engkau tidak dapat memberi mudharat dan tidak dapat
memberi manfaat. Kalaulah tidak kerana aku melihat Nabi saw mencium engkau
nescaya aku tidak akan mencium engkau (HR. Bukhai no. 1597)
Al-Hafiz Ibnu Hajar
menyatakan tentang hadith ini:
وَفِي قَوْلِ عُمَرَ هَذَا التَّسْلِيمُ لِلشَّارِعِ
فِي أُمُورِ الدِّينِ ، وَحُسْنُ الِاتِّبَاعِ فِيمَا لَمْ يَكْشِفْ عَنْ
مَعَانِيهَا ، وَهُوَ قَاعِدَةٌ عَظِيمَةٌ فِي اتِّبَاعِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَفْعَلُهُ وَلَوْ لَمْ يَعْلَمِ الْحِكْمَةَ فِيهِ ،
وَفِيهِ دَفْعُ مَا وَقَعَ لِبَعْضِ الْجُهَّالِ مِنْ أَنَّ فِي الْحَجَرِ
الْأَسْوَدِ خَاصَّةً تَرْجِعُ إِلَى ذَاتِهِ ،
Pada perkataan Umar
ini terdapat penyerahan kepada pembuat syariat (iaitu Allah) dalam urusan
agama, dan keelokan mengikut (Allah dan rasul) dalam perkara yang tidak
diketahui hikmahnya. Ini merupakan kaedah yang agung dalam mengikuti saw dalam
perkara yang baginda lakukan walau seseorang tidak mengetahui hikmahnya.
Riwayat ini juga menolak pandangan sebahagian orang jahil bahawa terdapat
keistimewaan pada zat Al-Hajar Al-Aswad.
وَفِيهِ بَيَانُ السُّنَنِ بِالْقَوْلِ وَالْفِعْلِ ،
وَأَنَّ الْإِمَامَ إِذَا خَشِيَ عَلَى أَحَدٍ مِنْ فِعْلِهِ فَسَادَ اعْتِقَادٍ
أَنْ يُبَادِرَ إِلَى بَيَانِ الْأَمْرِ وَيُوَضِّحَ ذَلِكَ ، وَسَيَأْتِي
بَقِيَّةُ الْكَلَامِ عَلَى التَّقْبِيلِ وَالِاسْتِلَامِ بَعْدَ تِسْعَةِ
أَبْوَابٍ
Dalam riwayat ini
terdapat penjelasan kepada sunnah dengan perkataan dan perbuatan. Apabila
seorang pemimpin takut seseorang akan melakukan perbuatan yang merosakkan
akidah, hendaklah dia bersegera menerangkan dan menjelaskan perkara itu. Akan
datang penjelasan selanjutnya dalam bab mencium Al-Hajar Al-Aswad selepas 9 bab.
. قَالَ شَيْخُنَا فِي; شَرْحِ التِّرْمِذِيِّ: فِيهِ كَرَاهَةُ تَقْبِيلِ مَا لَمْ يَرِدِ الشَّرْعُ
بِتَقْبِيلِهِ ، وَأَمَّا قَوْلُ الشَّافِعِيِّ : وَمَهْمَا قَبَّلَ مِنَ
الْبَيْتِ فَحَسَنٌ ، فَلَمْ يُرِدْ بِهِ الِاسْتِحْبَابَ ، لِأَنَّ الْمُبَاحَ
مِنْ جُمْلَةِ الْحَسَنِ عِنْدَ الْأُصُولِيِّينَ .
Guru kami dalam
Syarah at-Tirmizi berkata: Padanya terdapat dalil makruhnya mencium sesuatu
yang tiada dalil syarak menyuruh menciumnya. Adapun kata-kata Imam al-Syafie:
Sesiapa yang mencium Baitullah, maka ia sesuatu yang baik. Ini tidak menunjukkan
ia perbuatan yang sunat/istihbab. Ini kerana perkara yang mubah/harus juga
adalah sebahagian daripada perbuatan yang baik di sisi ulama usul (Fathul Bari
3/540).
Keraguan ini
bertambah kerana, al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat terkenal dalam hal berpegang
dengan sunnah, menjauhi kesyirikan, dan menjauhi jalan yang membawa kepada
kesyirikan.
Seandainya riwayat
dalam Al-‘Ilal itu kita nilai sebagaimana zahirnya, maka pendapat Ahmad itu
menyelisihi perbuatan salaf, menyelisihi perkataannya yang lain, dan menyelisihi
pendapat yang masyhur dalam mazhabnya (Hanabilah).
Misalnya
yang dlaporkan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah :
فصل : ولا يستحب التسمح بحائط قبر النبي صلى الله
عليه و سلم ولا تقبيله قال أحمد : ما أعرف هذا قال الأثرم : رأيت أهل العلم من أهل
المدينة لا يمسون قبر النبي صلى الله عليه و سلم يقومون من ناحية فيسلمون قال أبو
عبد الله : هكذا كان ابن عمر يفعل
“Pasal : Tidak
disukai mengusap tembok kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tidak
pula menciumnya. Ahmad berkata : ‘Aku tidak mengetahuinya’. Al-Atsram berkata :
‘Aku melihat ulama dari kalangan penduduk Madiinah tidak mengusap kubur Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan mereka berdiri dari sisi mengucapkan salam.
Abu ‘Abdillah berkata : ‘Begitulah yang dilakukan Ibnu ‘Umar” (Al-Mughni, 3/556).
Riwayat yang
semisal di atas juga dibawakan oleh Ibnu ‘Abdil-Hadiy rahimahullah dalam
Ash-Sharimul Munkiy 1/145. Bahkan dalam kitab Kasyaful-Qina’ disebutkan :
اتَّفَقَ السَّلَفُ وَالْأَئِمَّةُ عَلَى أَنَّ مَنْ
سَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرِهِ مِنْ
الْأَنْبِيَاءِ الصَّالِحِينَ فَإِنَّهُ لَا يَتَمَسَّحُ بِالْقَبْرِ وَلَا
يُقَبِّلُهُ
“Salaf dan para
imam telah bersepakat bahwasannya siapa saja yang mengucapkan salam kepada Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam atau selainnya dari kalangan para nabi yang
shalih, maka ia tidak mengusap kubur dan menciumnya” (4/439).
Setiap orang dapat
diterima dan ditolak perkataannya kecuali Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Maka pandangan
beliau wajib ditinggalkan sepertimana beliau fatwakan apabila ada pandangan
beliau atau Imam Malik, Imam Syafie, Auzaie, at-Tsauri yang bercanggah dengan
sunnah Rasul, maka tinggalkanlah. (I'lam al-Muwaqqin 2/309).
Ibnu Hajar
al-Haithami juga meragukan penisbatan ini juga kerana bercanggah dengan riwayat
Atsram (Hasiyah al-Allaamah Ibn Hajar al-Haithami ala Syarah al-Idlah fi
Manasik al-Haj hal. 454).
No comments:
Post a Comment