Matan hadith
عن عثمان بن عفان
قال: "سألت النبي صلى الله عليه وسلم عن قول الله عز وجل: {لَهُ مَقَالِيدُ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ} فقال لي: "يا عثمان لقد سألتني عن مسألة لم
يسألني عنها أحد قبلك، مقاليد السموات والأرض: لا إله إلا الله، والله أكبر،
وسبحان الله، والحمد لله، وأستغفر الله الذي لا إله إلا هو الأول والآخر والظاهر
والباطن، يحي ويميت وهو حي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، يا عثمان من
قالها في كل يوم مائة مرة أعطي بها عشر خصال، أما أولها: فيغفر له ما تقدم من
ذنوبه، وأما الثانية: فيكتب له براءة من النار، وأما الثالثة: فيوكل به ملكان
يحفظانه في ليله ونهاره من الآفات والعاهات، وأما الرابعة: فيعطى قنطارا من الأجر،
وأما الخامسة: فيكون له أجر من أعتق مائة رقبة محررة من ولد إسماعيل عليه السلام،
وأما السادسة؟ 1 وأما السابعة: فيبني له بيت في الجنة، وأما الثامنة: فيزوج من
الحور العين، وأما التاسعة: فيعقد على رأسه تاج الوقار،
وأما العاشرة: فيشفع في سبعين رجلا من أهل بيته، يا عثمان إن استطعت فلا تفوتنك يوما
من الدهر تفز مع الفائزين، وتسبق بها الأولين والآخرين". "ابن مردويه
ورواه ع وابن أبي عاصم وأبو الحسن القطان في الطوالات ويوسف القاضي في سننه وابن
المنذر وابن أبي حاتم وابن السني عق والبهقي في الأسماء والصفات" بلفظ من
قالها إذا أصبح وإذا أمسى عشر مرات أعطي ست خصال، أما أولهن: فيحرس من إبليس
وجنوده، وأما الثانية: فيعطى قنطارا من الأجر، وأما الثالثة: فترفع له درجة في
الجنة، وأما الرابعة: فيزوج من الحور العين، وأما الخامسة: فيحضرها اثنا عشر ألف
ملك وفي رواية إثنا عشر ملكا، وأما السادسة: فله من الأجر كمن قرأ التوراة
والإنجيل والزبور والفرقان، وله مع هذا يا عثمان من الأجر كمن حج واعتمر فقبلت
حجته وعمرته، وإن مات من يومه طبع بطابع الشهداء قال: عق في إسناده نظر، وقال
المنذري فيه نكارة. وأورده ابن الجوزي في الموضوعات، وقال في الميزان هذا موضوع
فيما أرى، وقال البوصيري قد قيل إنه موضوع قال وليس ببعيد.
Terjemahan
Dikhabarkan bahawa Sayiddina Uthman ibn Affan radiallahuanhu telah
meminta penjelasan lanjut tentang "Maqalad As-Samawi Wal-Ardh" (Kunci
Langit Dan Bumi) mengenai firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah
Langit dan Bumi.
لَهُ مَقَالِيدُ
السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ
الْخَاسِرُونَ
Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi;
(orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka
itulah orang-orang yang paling rugi. (Surah Az-Zumar: 63)
Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa
yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi
itu adalah yang berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم
لَا إلَهَ إلَّا اللهُ وَ
اللهُ أَكْبَرُ وَ سُبْحَانَ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ اَسْتَغْفِرُ اللهَ
الَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ اْلأَوَّلُ وَ الْآخِرُ وَ الظَّاهِرُ وَ
الْبَاطِنُ يُحْيِ وَ يُمِيْتُ وَ هُوَ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَ
هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Ertinya:Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar Maha Suci
Engkau, Segala Puji Bagi Allah, Aku memohon Ampun kepada Allah, Tiada yang
patut disembah melainkan Dia, Dia yang awal Dia yang akhir, Dia yang zahir Dia
yang batin, Yang menghidupkan Yang mematikan, Dia yang hidup tanpa mati,
Pada-Nya segala kebaikan, Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.
Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya
100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni,kedua : terlepas
daripada siksaan neraka,ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya
siang dan malam daripada penyakit dan siksaan,keempat : dia di kurniakan
perbendaharaan rahmat dan berkat,kelima : dia mendapat pahala seperti orang
yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail
r.a.,keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur,
Taurat dan Injil,ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di
syurga,kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga,kesembilan,
dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan,kesepuluh : permohonan
keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan
Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari.
Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui
orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.
Takhrij
HR. Thabarani dalam ad-Dua’ no. 1700, Baihaqi dalam al-Asma’wa Sifat no.
19, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 73, Abu Ya’la no. 4126,
Rafiie dalam tadwin 4/162-163, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya 10/3254-3255 dan
dinukilkan Muttaqi al-Hindi dalan Kanzul Ummal no. 4582, daripada Utsman bin
Affan ra.
Al-Uqaili dalam Dhuafa’al-Kabir 4/231 berkata sanadnya perlu diteliti,
tidak boleh ditampung melalui jalan-jalan yang lain. Terdapat perawi lemah
Abdul Rahman al-Madini dan hadith ini dusta ke atas Nabi saw, kerana gaya
Bahasa dan maknanya buruk.
As-Suyuthi memasukkan hadith ini dalam al-Laali Masnuah 1/88, kerana
Saied bin Musalmah dhaif.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhuat 1/144-145.
Az-Zahabi juga menilai hadith ini palsu dalam Mizan ‘Itidal 4/85
Ibnu Katsir dalam tafsirnya 4/17, hadith ini gharib jiddan.
No comments:
Post a Comment