Friday, 5 June 2020

Doa Ya wadud Ya wadud menyelamatkan dari perompak dengan bantuan malaikat



Matan hadith

فدعاء من توضأ وصلى أربع ركعات، ودعا بهذا الدعاء استجيب له، مكروباً كان أو غير مكروب، لا نعلم فيه حديثاً ثابتاً عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإنما أخرج هبة الله الطبري اللالكائي في كرامات الأولياء بسنده عن أنس قال: كان رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم من الأنصار يكنى أبا معلق، وكان يتجر بمال له ولغيره يضرب به في الآفاق، وكان ناسكاً ورعاً، فخرج مرة فلقيه لص مقنع بالسلاح، فقال له: ضع ما معك، فإني قاتلك. قال: ما تريد إلا دمي شأنك بالمال. قال: أما المال فلي، فلست أريد إلا دمك. قال: أما إذا أبيت فذرني أصلي أربع ركعات. قال: صل ما بدا لك، فتوضأ ثم صلى أربع ركعات، وكان من دعائه في آخر سجدة أنه قال: يا ودود، ياذا العرش المجيد، يا فعالاً لما تريد أسألك بعزك الذي لا يرام، والملك الذي لا يضام، وبنورك الذي ملأ أركان عرشك أن تكفيني شر هذا اللص، يا مغيث أغثني، ثلاث مرات. قال: دعا بها ثلاث مرات، فإذا هو بفارس قد أقبل بيده حربة واضعها بين أذني فرسه، فلما أبصر به اللص أقبل نحوه فطعنه فقتله، ثم أقبل. فقال: قم. قال: من أنت بأبي أنت وأمي، فقد أغاثني الله تعالى بك اليوم. قال: أنا ملك من أهل السماء الرابعة دعوت الله بدعائك الأول، فسمعت لأبواب السماء قعقعة، ثم دعوت بدعائك الثاني، فسمعت لأهل السماء ضجيجاً، ثم دعوت بدعائك الثالث. فقيل: دعاء مكروب، فسألت الله عز وجل أن يوليني قتله

قال أنس: فاعلم أنه من توضأ وصلى أربع ركعات ودعا بهذا الدعاء استجيب له، مكروباً كان أم غير مكروب.


Terjemahan

Suatu ketika, di tengah-tengah perjalanan perniagaanya, Abu Mu’allaq melewati gurun di tengah malam nan gelap. Ia tidak ditemani siapa pun, seorang diri. Kali ini sekaligus ia tidak bersenjata. Tiba-tiba datanglah seorang penyamun yang bersenjatakan sebilah pedang, lalu menghalang sang sahabat. Sang perompak lantas menghunuskan pedangnya di leher Abu Mu’alaq. “Serahkan hartamu. Jika tidak, aku akan menebas lehermu,” kata perompakk dengan nada tinggi dan menggertak. “Ambil saja hartaku dan biarkan aku pergi,” kata Abu Mu’allaq. Si penyamun berkata, “Tidak boleh. Harta akan aku ambil, tetapi aku akan tetap membunuhmu.” Keadaan genting yang dihadapi Abu Mu’allaq tak membuatnya takut dan gentar. Ia tidak membalas ancaman tersebut dengan kekerasaan. Sebaliknya, ia malah mengajukan permohonan kepada si perompak agar diizinkan solat empat rakaat sebelum si perompak itu membunuhnya. “Izinkan saya solat terlebih dahulu sebelum Anda membunuh saya,” kata Abu Mu’allaq. Permintaannya pun dikabulkan. Kemudian, Abu Mu’allaq berwudhu dan solat empat rakaat. Pada pengujung solatnya, detik-detik akhir sujudnya, ia berdoa agar Allah melindungi keselamatan jiwanya dari si perompak. Tak beberapa lama, datanglah pengendara kuda dengan tombak yang diletakkan lurus sejajar tepat di antara kedua telinga kuda yang ia kendarai. Sedar akan kehadiran penunggang misteri itu, si perompak bersiap diri. Namun, apa boleh buat. Si penunggang kuda itu lebih lincah dan ligat. Perompak itu pun akhirnya terbunuh. Setelah itu, si penunggang itu mendekati Abu Mu’allaq. Dengan rasa penuh kehairanan, ia bertanya kepada penunggang misteri itu, siapakah gerangan dirinya. Penunggang misteri itu menjawab, “Berdirilah. Aku adalah malaikat dari langit keempat. Aku mendengar suara bisikan di pintu-pintu langit setelah doa pertama yang engkau panjatkan. Setelah doa keduamu, aku mendengar keributan di antara penghuni langit. Pada pamungkas doamu, aku menerima khabar bahawa itu adalah doa dari hamba yang meminta pertolongan. Lantas, aku pun meminta Allah agar membunuh si perompak itu.”

Berikut doanya.

يَا وَدُوْد يَا وَدُوْدُ، يَا ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ، يَا فَعَّالاً لِمَا تُرِيْدُ، أَسْأَلُكَ بِعِزِّكَ الَّذِيْ لاَ يُرَامٌ، وَبِمُلْكِكَ الَّذِيْ لَا يُضَامُ، وَبِنُـــْورِ الَّذِيْ مَــــــلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ أَنْ تَكْفِيَنِيْ شَرَّ هذاَ اللِّصَّ يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِيْ

Wahai Maha Pengasih, wahai Maha Pengasih, wahai Pemilik ‘Arsy yang terhormat, wahai Pelaksana segala apa yang Engkau kehendaki, aku meminta kepadamu dengan kemuliaan-Mu yang tak terkurangi, lewat singgasanamu yang tak terbinasakan, dan atas cahaya-Mu yang menyinari sendi-sendi singgasana-Mu, hendaknya Engkau jauhkan keburukan pencuri ini. Wahai Penolong, tolonglah hamba-Mu.”

Doa ini diucapkan sebanyak tiga kali oleh Abu Mu’allaq dan akhirnya terkabul.

Takhrij

HR. Ibn Abi Duniya dalam Mujabi Da’wah 4/27-29 no. 23, daripada Anas bin Malik ra. Kisah ini juga ditemukan dalam al-Isabah Ibnu Hajar 4/182 (Abi Muallaq al-Ansari), Hayatus Sahabah Maulana Yusof Kandalawi 4/205. Dalam sanadnya terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibnu Main dan Abu Daud, Musa bin Wirdan (Mizan ‘Itidal 4/226).

Rujukan

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 9347

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...