Thursday 18 June 2020

Hadith syaitan hadir ketika sakaratul maut


Matan hadith

روي عن النبي صلى الله عليه وسلم : أن العبد إذا كان عند الموت قعد عنده شيطانان ، الواحد عن يمينه والآخر عن شماله ، فالذي عن يمينه على صفة أبيه ، يقول له : يا بني ! إني كنت عليك شفيقاً ولك محباً ، ولكن مت على دين النصارى فهو خير الأديان ، والذي على شماله على صفة أمه ، تقول له : يا بني ! إنه كان بطني لك وعاء ، وثديي لك سقاء ، وفخذي لك وطاء ، ولكن مت على دين اليهود وهو خير الأديان

Terjemahan

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, bahawa seorang hamba jika menghadapi sakratul maut, maka ada dua syaitan yang duduk di sisinya. Yang satu di sisi kanannya dan yang satunya lagi di sisi kirinya. Yang berada di sisi kanannya memiliki ciri seperti bapanya, dia berkata kepadanya, ‘Wahai anakku! Sungguh aku sangat sayang dan cinta kepadamu, akan tetapi matilah dalam agama Nasrani, dia adalah sebaik-baik agama. Sedangkan yang di sebelah kiri berwujud seperti ibunya, dia berkata kepadanya, ‘Wahai anakku! Sesungguhnya dahulu perutku menjadi tempatmu, susu awal ibu menjadi minumanmu, pahaku menjadi bantalmu, akan tetapi matilah dalam agama Yahudi, dia adalah sebaik-baik agama

Takhrij

HR. Qurtubi dalam at-tazkirah fi ahwal al-mauta wa umuril akhirah’ hal. 29-30. Juga disebutkan oleh Al-Hasan Al-Qabisi dalam ‘Syarah Ibnu Abi Zaid’ dan disebutkan pula oleh Abu Hamid, dalam kitab ‘Kasyfu Ulumil Akhirah’.

Syeikh al-Albani berkata apa yang disebutkan al-Qurtubi ini tidak ditemukan dalam al-Quran dan Sunnah yang muktabar untuk dijadikan pedoman (Silsilah Hadith Dhaif 3/645).

As-Suyuthi juga berkata  beliau tidak menemukan hadith ini dalam riwayat yang sahih.

Rujukan

Fatwa Soal Jawab Islam no. 224448

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...