Wednesday, 15 July 2020

Hadith ayam



HAIWAN YANG PALING DI BENCI IBLIS

  قال إبن عباس: أبغض الطيور إلى إبلس الديك وأحبها الطاووس

Ibnu Abbas mengakatakan: "burung yang paling di benci oleh iblis adalah ayam, dan haiwan yang paling di sukai oleh iblis adalah burung merak" (HN. Syeikh al-Syufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/213, dan juga ditemui dalam Jami' al-Hadith Syiah 16/909, tanpa sanad).


LEBIH UTAMA DARI EMAS DAN PERAK

لت تسبوا الديك فإنه صديقي وأنا صديكه وعدوه عدوي والذي نفسي بيده لو يعلم بنو أدم مافي قربه لاشتروا لحمه وريشه بالذهب والفضة فإنه يطرد مدى صوته من الجن .

"Janganlah engkau memaki ayam. Kerana ayam tersebut adalah temanku, dan saya adalah temannya. Dan yang membenci ayam bererti dia membenciku pula. Seandainya anak adam (manusia) tahu keistimewaan yang ada pada ayam, nescaya mereka tidak akan menjual daging dan bulunya dengan emas dan perak. Sesungguhnya suara ayam tersebut menakut-nakuti jin" (HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/535. Ibnu Jauzi menilai hadith hadith ini palsu dalam Maudhuatnya 3/134 dan as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 171)


DAPAT MENGHAPUS DOSA SELAMA 40 TAHUN

من قال عند صياح الديك لاإله إلاالله الحيّ القيوم خمس مرات غفر الله له ذنوب أربعين سنة

"Barang siapa yang membaca " لااله الاالله الحي القيوم" sebanyak lima kali ketika ayam berkokok. Maka Allah akan menghapus dosanya selama 40 tahun" (HN. Syeikh al-Syufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/214 tanpa sanad).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...