Wednesday, 15 July 2020

Hadith jangan mati bujang


Matan hadith

Az-Zuhri menceritakan, bahawa sahabat Syaddad bin Aus, ketika sudah tua dan matanya mulai membuta pernah berpesan,

زَوِّجُونِي، فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَانِي أَنْ لَا أَلْقَى اللَّهَ أَعْزَبَ

Terjemahan

Nikahkanlah aku, kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan agar aku tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang.

T
akhrij

HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Mushanaf, 10/29, no. 16156, daripada Syaddad bin Aus ra. Dhaif menurut pentahqiq.

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisanul Mizan 4/134 menilai hadith ini dhaif, dan membawa naqalan Ibnu Azdi yang mengatakan sanad hadith ini terdapat perawi yang majhul.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...