Matan hadith
يدخل أهل الجنةِ الجنةَ على
طول آدم عليه السلام ، ستون ذراعا بذراع الملك ، على حسن يوسف ، على ميلاد عيسى
ثلاث وثلاثون سنة ، وعلى لسان محمد صلى الله عليه وسلم ، جرد مرد مكحلون
Terjemahan
Para penduduk syurga ketika masuk syurga, tingginya seperti Adam, 60
hasta, tampan seperti Yusuf, di usia seperti Isa sekitar 33 tahun, memiliki
lisan seperti Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, badan tidak berbulu,
berpenampilan muda, dan bercelak.
Takhrij
HR. Ibnu Abi Duniya dalam Sifat Ahlil Jannah no. 210, daripada Anas bin Malik
ra. Sanad hadith ini sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih
6/46. Cuma Harun bin Riab dia tsiqah, ahli ibadah, dan dia diperselisihkan
apakah mendengar dari Anas bin Malik ataukah tidak (Jami’ at-Tahshil hal. 292).
Hadith lain dari Jalur Miqdam bin Ma’diqarib ra:
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يُحْشَرُ مَا بَيْنَ
السِّقْطِ إِلَى الشَّيْخِ الْفَانِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي خَلْقِ آدَمَ ،
وَقَلْبِ أَيُّوبَ ، وَحُسْنِ يُوسُفَ مُرْدًا مُكَحَّلِينَ
Mereka dibangkitkan di usia antara bayi dan manusia tua di hari kiamat,
sama dengan bentuk Adam, berhati Ayub, dan setampan Yusuf. Masih muda dan
bercelak.
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 8785. Dalam Silsilah Hadith
Sahih no. 2512 dinyatakan bahawa hadith ini memiliki banyak jalur dan semuanya
dhaif. Namun jika dikumpulkan boleh saling menguatkan sehingga darjatnya hasan.
Maka, dalam at-Targhib wa Tarhib, hadith ini dihasankan oleh al-Mundziri.
No comments:
Post a Comment