Al-Hushain bin Mihshan menceritakan bahawa ibu saudaranya pernah datang
ke tempat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana satu keperluan.
Seselesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bertanya kepadanya,
أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟
قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟ قَالَتْ: مَا آلُوْهُ إِلاَّ مَا
عَجَزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِيْ أينَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ
جَنَّتُكِ وَنَارُكِ
Terjemahan
“Apakah engkau sudah bersuami?” Ibu saudara Al-Hushain menjawab,
“Sudah.” “Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu?”, tanya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam lagi. Ia menjawab, “Aku tidak pernah mengurangi
haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.” Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu
dengan suamimu, kerana suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
Takhrij
HR. Abi Syaibah no. 17293, Ahmad 19025, Hakim 2/189 dan selainnya.
al-Hakim berkata sanadnya sahih dan disepakati oleh az-Zahabi. Hadith ini
disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 1933).
No comments:
Post a Comment