Matan hadith
أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: تولت عني الدنيا، وقّلت ذات يدي ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " فأين أنت من صلاة الملائكة، وتسبيح الخلائق وبها يرزقون؟" قال: فقلت: "وماذا يا رسول الله "، قال:" قل سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ، أستغفر الله مائة مرة ما بين طلوع الفجر إلى أن تصلي الصبح ، تأتيك الدنيا راغمة صاغرة ويخلق الله عز وجل من كل كلمة ملكاً يسبح الله تعالى إلى يوم القيامة لك ثوابه
Terjemahan
Bahawasanya seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. lalu ia
berkata: “Dunia berpaling dariku dan sedikit di tanganku (miskin)”, Lalu
Rasulullah saw. bersabda: “Maka di manakah kamu dari permohonan rahmat oleh
para Malaikat dan tasbih para makhluk, dan dengannya mereka diberi rezeki?” ia
berkata: Lalu saya berkata: “Apakah itu wahai Rasulullah?”, Beliau bersabda:
“Ucapkanlah: SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI SUBHAANALLAAHIL ‘AZHIMI ASTAGHFIRULLAH
(Maha Suci Allah dengan segala pujiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Saya
memohon ampun kepada Allah)” seratus (100x) kali antara terbitnya fajar sampai
solat subuh maka dunia datang dengan hina dan kecil (tidak sombong) dan Allah
‘Azza Wa Jalla menciptakan dari setiap kata akan satu Malaikat yang
mentasbihkan Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahalanya untukmu”.
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 3731, Ad-Daruquthni dan al-Khatib sepertimana disebutkan Ibnu Hajar
dalam Lisanul Mizan 3/434, al-Laith as-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin hal.
546, al-Mustaghfiri dalam al-Da’wat sepertimana disebutkan pentahqiq dalam Ihya
Ulumuddin 1/299, dinuqilkan juga oleh as-Suyuthi dalam Khasais al-Kubra 2/299, daripada
Ibnu Umar ra.
Sanadnya didhaifkan oleh Ibnu Adi
dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 1/1588
Hadith palsu menurut Ibnu
Hibban dalam al-Majruhin 1/148
al-Iraqi menilai hadith ini
gharib dan tidak diketahui asalnya oleh beliau dalam Takhrij Ihya' 1/396.
Hadith dhaif menurut Ibn Iraq al-Kinani
dalam Tanzih Syariah 2/318
Hadith ini tidak sahih menurut
Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/418
az-Zahabi berkata sanadnya dhaif
jiddan dalam Tartib Maudhuat no. 276, kerana dalam sanadnya kerana terdapat
perawi pendusta, Ahmad bin Muhammad bin
Ghalib atau dikenali sebagai Ghulam Khalil. Az-Zahabi menambah, hadith ini
diriwayatkan dengan pelbagai sanad yang semuanya pun dhaif (Mizan al-I’tidal
3/434)
Ibnu Qaisarani menilai hadith ini
lemah dalam Dzakiratul Huffaz 2/1200
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 110949
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
47279, 200929
https://shamela.ws/book/30731/17
No comments:
Post a Comment