12. Selamat dari
kedasyatan kiamat
ان أنجاكم يوم القيامة من أهوالها أكثركم علي صلاة
في دار الدنيا
Orang yang paling
selamat di antara kalian dari kedahsyatan hari kiamat adalah yang paling banyak
membaca selawat kepadaku di antara kalian.
Takhrij
HR. Darimi dalam
Musnad Firdaus no. 8175. As-Sakhawi dalam Qaul Badi’ no. 178, beliau berkata
isnad hadith ini dhaif jiddan.
13. Selawat
kepada para anbiya
صلوا على أنبياء الله ورسله كما تصلون علي فإنهم
أرسلوا كما أرسلت
Berselawatlah
kamu kepada nabi-nabi Allah dan rasulNya sepertimana kalian berselawat ke
atasku kerana mereka itu sesungguhnya diutus sebagaiman aku diutus.
Takhrij
HR. Ad-Dailami
dalam Musnad Firdaus 2/385, Baihaqi dalam Syuabul Iman 1/149, daripada Abu
Hurairah ra. Hadith gharib menurut Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 3/337
dan dhaif menurut as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 5017.
14. Selawat 1000
kali
من صلى على في يوم ألف مرة لم يمت حتى يبشر باألجنة
Sesiapa
berselawat ke atasku sehari 1000 kali, dia tidak akan mati sehingga
digembirakan di syurga.
Takhrij
HR. Abu Syaikh
daripada Anas ra. Fatwa Syabakah Islamiyah dalam fatwa no. 106205 membawa
penilaian Syeikh al-Albani bahawasanya hadith ini dhaif (munkar). As-Sakhawi
juga dalam Qaul Badi' no. 95 membawa penilaian munkar hadith ini dari Ibnu
Hajar al-Asqalani.
15. Selawat hari
jumaat 200 kali
من صلي على يوم ااجمعة مائتي صلاة غفرله ذنب مائتي
عام
Sesiapa yang
berselawat ke atasku pada hari jumaat 200 kali, diampuni baginya dosa 200 tahun
Takhrij
HR. ad-Dailami
dalam Musnad Firdaus 2/407, daripada Abu Dzar al-Ghiffari ra. As-Sakhawi dalam
Qaul Badi' ni. 281 menilai hadith ini tidak sahih.
No comments:
Post a Comment