Wednesday, 15 July 2020

Penambahan kalimah At-Tatswib pada azan subuh


Perkara ini bukanlah bidaah yang dilakukan para sahabat seperti mana yang dianggapi sebahagian orang (fitnah ini telah dimulakan oleh Syiah Rafidah dalam memburuk-burukkan Umar al-Khattab ra berbuat bidaah):


Dan riwayat yang dinisbahkan kepada Mushannaf Ibni Abi Syaibah adalah sebagai berikut :

حدثنا أبو بكر قال نا عبدة بن سليمان عن هشام بن عروة عن رجل يقال له إسماعيل قال جاء المؤذن يؤذن عمر بصلاة الصبح فقال - الصلاة خير من النوم - فأعجب به عمر وقال للمؤذن أقرها في أذانك

“Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Abdah bin Sulaiman, dari Hisyaam bin ‘Urwah, dari seorang laki-laki yang bernama Ismail, ia berkata : “Muazzin datang memberitahukan ‘Umar bahawa solat Subuh telah tiba. Lalu ia berkata : “ash-shalaatu khairun minan-naum”. ‘Umar merasa takjub atas hal tersebut, dan kemudian ia berkata kepada muazzinnya : “Tetapkanlah ia dalam azanmu” (Didhaifkan oleh Ibn Abdil Bar dalam al-Isztidzkar 1/442 kerana terdapat perawi mahjul yakni Ismail).


Yang sebenarnya kalimah itu telah tsabit  semasa zaman Nabi saw masih hidup lagi. Az-Zuhri berkata Bilal memnambah kalimah at-Taswib ini seperti mana disebutkan dalam hadith Ibnu Majah no. 707, 716. Pengakuan Nabi saw terhadap tambahan ini adalah menjadikan ia sunnah. Maka terbantahlah dalil-dalil orang yang mengatakan para sahabat berbuat bidaah.



Matan hadith

عَنْ بِلَالٍ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْذِنُهُ بِصَلَاةِ الْفَجْرِ فَقِيلَ هُوَ نَائِمٌ فَقَالَ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ فَأُقِرَّتْ فِي تَأْذِينِ الْفَجْرِ فَثَبَتَ الْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ

Terjemahan

Dari Bilal bahawa ia mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk azan solat subuh, lalu dikatakan kepadanya: "Beliau sedang tidur." Maka bilal pun berkata: "ASH SHALAATU KHAIRUN MINAN NAUM. ASH SHALAATU KHAIRUN MINAN NAUM (Solat itu lebih baik daripada tidur. Solat itu lebih baik daripada tidur)." Hingga lafaz itu ditetapkan untuk dikumandangkan pada azan subuh dan perkaranya menjadi tetap seperti itu."


Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 716 daripada Bilal ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani

dalil sokongan lain,


Diriwayatkan dari Bilal, ia berkata:

«أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أثوب في الفجر ونهاني أن أثوب في العشاء»

Rasulullah saw memerintahkanku untuk melakukan tatswib pada solat fajar dan melarangnya pada solat isyak. (HR. Ibnu Majah no. 715, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani).



Nabi saw bersabda:

 : وَإِذَا أَذَّنْتَ بِالأُولَى مِنَ الصُّبْحِ فَقُلْ: الصَّلاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ مَرَّتَيْنِ، وَإِذَا أَقَمْتَ فَقُلْهَا مَرَّتَيْنِ: قَدْ قَامَتِ الصَّلاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلاةُ

Jika engkau mengumandangkan azan pertama untuk Subuh, ucapkanlah الصَّلاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ  dua kali, dan jika iqamat ucapkanlah قَدْ قَامَتِ الصَّلاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلاةُ dua kali.”  (HR.  Abu Daud no. 501, Abdurrazzaq dalam Musannafnya no. 1779 dan Nasaie no. 633, daripada Abi Mahzurah ra, disahihkan oleh Syeikh al-Albani).

Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ قَالَ كُنْتُ أُؤَذِّنُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ فَإِذَا قُلْتُ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قُلْتُ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الْأَذَانُ الْأَوَّلُ

Dari Abu Mahdzurah berkata: saya mengumandangkan azan pada masa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pada Solat subuh, jika saya baca, HAYYA 'ALAL FALAH, saya baca setelahnya AS-SOLATU KHAIRUN MIN AN-NAUM (Solat itu lebih baik daripada tidur) AS-SOLATU KHOIRUN MIN AN-NAUM, pada azan awal. (HR. Ahmad no. 15378, disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth).

Sayyid Sabiq berkata,

Kalimah ini (At-Tatswib) dalam adzan fajar telah diriwayatkan dari hadits Bilal, Sa’ad al Qartz, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Na’im an-Nahaam, ‘Aisyah, Abu al-Muahdzurah. Namun dalam sanad-sanadnya terdapat kelemahan. Yang terbaik dari semuanya adalah tiga riwayat terakhir, dan ia dengan keseluruhannya telah menunjukkan pensyariatan At-Tatswib dalam azan fajar” (Fiqhus Sunnah 1/283).

Yang berbeza pendapatnya adalah dimana kalimah ini perlu diletakkan dan bilakah kalimah ini perlu disebutkan, sama ada azan subuh pertama atau azan subuh ke dua. Walhasil, kedua-kedua waktu diterima ulama sebagai khilaf.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...