Wednesday, 15 July 2020

Perut Punca Penyakit


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahawa perut manusia adalah bekas yang paling buruk yang selalu diisi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه

“Tidaklah anak Adam memenuhi bekas yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihkannya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas” [HR At-Tirmidzi no. 2380, Ibnu Majah no. 3349, Ahmad 4/132, dan lain-lain. Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2265]

Maksudnya, perut yang penuh dengan makanan boleh merosakkan tubuh. Syaikh Muhammad Al-Mubarakfury menjelaskan,

ﻭﺍﻣﺘﻼﺅﻩ ﻳﻔﻀﻲ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻔﺴﺎﺩ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻭﺍﻟﺪﻧﻴا

“Penuhnya perut (dengan makanan) boleh menyebabkan kerosakan agama dan dunia (tubuhnya)” [Tuhfat al-Ahwadzi]

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan bahaya kekenyangan kerana penuhnya perut dengan makanan, beliau berkata,

لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

“Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.” [Siyar AÁlam an-Nubala 8/248]

Kalau secapa spesifik kata perut tu gudang penyakit itu perkataan tabib :-

Ibnu Masawih sang Tabib berkata seperti itu karena "asal semua penyakit adalah penuhnya perut "

sebagaimana  perkataan sebahagian ulama' :"asal semua penyakit adalah penuhnya perut "  diriwayatkan haditth seperti itu secra marfu' namun tidak sahih.

Al Haris bin Kaldah Tabib arab berkata : " berpantang makanan adalah punca ubat dan terlampau kenyang adalah punca penyakit”



No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...