Wednesday 30 September 2020

Dosa riba lebih besar dari dosa zina

 Matan hadith

 

دِرْهَمُ رِبًا يَأْكُلُهُ الرَّجُلُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَشَدُّ مِنْ سِتَّةِ وَثَلاَثِيْنَ زَنْيَةً

 

Terjemahan

 

Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui, lebih besar dosanya daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 22007 al-Bazzar no. 3381, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq 27/418, al-Daruquthni 2/586 dan Ibn Abi Ashim dalam al-Ahad wal Masani no. 2759, daripada Abdullah bin Hanzalah ra.

 

Menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 21957,  hadith ini dhaif jika marfu’ dan sanadnya sahih jika mauquf kerana ia adalah kalam Ka’ab al-Ahbar ra.

Al-Haitami al-Makki menilai sanad hadith ini sahih dalam al-Zuwajir 1/227.

 

Syeikh al-Albani menilai sanad hadith ini sahih mauquf dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1033

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...