Wednesday 30 September 2020

Hadith 3 golongan yang dilaknat

 

Matan hadith

 

ثَلَاثَةٌ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ رَغِبَ عَنْ وَالِدَيْهِ، وَآخَرُ سَعَى فِي تَفْرِيقٍ بَيْنَ رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ لِيَخَلُفَ عَلَيْهَا بَعْدَهُ، وَآخَرُ سَعَى بِالْأَحَادِيثِ بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ لِيَتَعَادَوْا وَيَتَبَاغَضُوا

 

 

Terjemahan

 

Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya

 

 

Takhrij

 

HR. Ishaq bin Rahuyah dalam al-Musnad daripada  Umar bin al-Khattab sebagaimana disebutkan oleh al-Busiri dalam Ithaf al-Khiyarah 6/68, 8/76. Beliau mendhaifkan sanad hadith ini kerana dhaifnya perawi bernama Musa bin Ubaidah.

 

Juga didhaifkan oleh Ibnu Katsir dalam Musnad Faruq 1/428 dan berkata "Dalam sanadnya ada perawi yang tidak dinamakan. Tetapi hadis ini berkaitan dengan al-targhib, dimaafkan kalau dhaif sekalipun."

 

Ibnu Hajar menilai sanad hadith ini dhaif dalam Mathalib Aliyah 6/86.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...