Wednesday 30 September 2020

Hadith azab ke atas ibu jika tidak memberikan susu badan kepada bayinya

 

Matan hadith

 

ثُمَّ انْطَلَقَ بِي فَإِذَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثَدْيَهُنَّ الْحَيَّاتُ, قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قِيلَ: هَؤُلَاءِ اللَّاتِي يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

 

Terjemahan

 

Kemudian Malaikat itu mengajakku melanjutkan perjalanan, tiba-tiba aku melihat beberapa wanita yang payudaranya dicabik-cabik ular yang ganas. Aku bertanya: ‘Kenapa mereka?’ Malaikat itu menjawab: ‘Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar’i)’.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam sahihnya no. 7491, Ibnu Khuzaimah no. 1986, dan Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Al-Jami’ush Sahih menyatakan: “Ini hadith sahih dari Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu.”

 

Sanadnya dinilai sahih oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Mawarid no. 1509.

 

Penjelasan

 

 

Ancaman ini hanya berlaku kepada ibu yang sengaja tidak memberikan susu ibu kepada anaknya tanpa uzur syarie.

 

Jika si ibu ada halangan untuk beri susunya atas alasan kesihatan, atau anak tidak mahu menerima susu tersebut, atau faktor yang lain maka dia tidaklah termasuk dalam golongan diazab tersebut.

 

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَى

 

“Jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.” (QS. Ath-Thalaq [65]: 6)

 

Terdapat beberapa keadaan ketika seorang ibu justru tidak boleh menyusui anaknya secara langsung, baik keadaantersebut bersifat sementara atau bersifat kekal. Misalnya, si ibu sedang menjalani rawatan sehingga harus rutin meminum ubat-ubatan tertentu (semacam ubat-ubat kemoterapi); seorang ibu yang dalam keadaab sakit infeksi ; atau payudara ibu mengalami infeksi oleh virus tertentu; kelainan (penyakit) tertentu pada bayi; dan keadaan - keadaan lainnya yang menurut para doktor ahli di bidang ini merupakan satu keburukan ketika susu ibu diberi.

 

Ulama dalam Fatwa Lajnah Daimah 7/21 menjelaskan bahawasanya dibolehkan memberikan gantian susu ibu seperti susu formula dengan dua syarat:-

 

a) mendapat izin suaminya

b) susu formula tersebut tidak membahayakan bayi

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 238779

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...