Wednesday, 30 September 2020

Hadith hati berkarat boleh dibersihkan dengan mengingati mati dan membaca al-Quran

 

Matan hadith

 

إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن

 

Terjemahan

 

Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu beliau ditanya: Apa pembersihnya? Sabda beliau: banyak mengingat mati dan membaca Al-Quran.

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/352; al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 11/85, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya 8/197, daripada Ibnu Umar ra.

 

Didhaifkan oleh Abu Nua’im, Ibnu Jauzi dalam al-'Ilal Mutanahiyah 2/347 dan Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 1/258.

 

Dalam sanadnya terdapat perawi yang dijarh matruk dan pendusta oleh ad-Daruquthni, iaitu Abdul Rahim bin Harun al-Ghassani. Predikat yang sama juga diberikan oleh Abu Hatim dan Ibnu Junaid.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6096.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...