Matan hadith
لَتُفتَحنَّ القُسطنطينيةُ
ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم الجيشُ ذلك الجيشُ
Terjemahan
Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin
adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang
saat itu“.
HR. Ahmad 4/235 no. 18957, Bukhari
dalam Tarikh Saghir hal. 139, Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir 1/119/2, Hakim
4/4/422, Ibnu Asakir 16/223, daripadaAbdullah bin Bisyr Al Ghanawi ra.
Hadith ini lemah menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 878. Sisi cacatnya, Abdullah bin Bisyr Al-Ghanawi dia seorang perawi yang
majhul dan hanya ditsiqahkan oleh Ibnu Hibban, padahal beliau masyhur dengan
tasahulnya. Meskipun demikian Imam Al Hakim berkata: “sanadnya sahih dan
disepakati oleh Az-Zahabi”.
As-Suyuthi mensahihkan hadith ini dalam Jamus Saghir no. 7209.
Pembukaan kota Konstantinopel adalah sebuah fakta yang diceritakan dalam
banyak hadith yang sahih. Hanya saja hadith di atas meskipun sangat masyhur
adalah sebuah hadith yang lemah, sebagaimana dikatakan oleh Syeikh al-Albani.
Dan di antara hadits sahih yang berhubungan dengan jihad Konstantinopel
adalah hadith dari Abu Qabil ra seperti disebutkan oleh Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith sahih no. 4, ia berkata:
كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو
بنِ العاصِ ، و سُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًاالقسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟
فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ ، قال : فأخرج منه كتابًا قال : فقال عبدُ
اللهِ : بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ : أىُّ
المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ ؟ فقال رسولُ اللهِ : مدينةُ
هرقلَ تُفتحُ أولًا : يعني قسطنطينيةَ
Kami berada di sisi Abdullah bin Amr bin Ash dan beliau ditanya tentang
mana kota yang dibuka terlebih dahulu, apakah Konstantinopel ataukah Romawi?
Maka beliau meminta untuk diambilkan sebuah kotak, lalu beliau mengeluarkan
sebuah kitab lalu berkata: ‘Berkata Abdullah bin Mas’ud: Tatkala kami bersama
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk menulis, tiba-tiba beliau ditanya:
Manakah kota yang terlebih dahulu dibuka, apakah Konstantinopel ataukah
Romawi?’. Maka beliau menjawab: ‘Yang dibuka terlebih dahulu adalah kota
Heraklius’. iaitu Konstantinopel“.
No comments:
Post a Comment