Cara Nabi Muhammad hilangkan rasa sedih :
1- solat
2- melihat daun hijau
3- mendengar deruan air mengalir
4- melihat wajah-wajah yang menceriakan
Takhrij
Secara umumnya Palsu. Tidak ditemukan lafaz hadith sebegini dalam kitab
muktabar Sunnah.
Matannya bercampur-campur baur dengan hadith palsu lain. Kerana ada
hadith yang matannya menggunakan lafaz no. 2-4. Dan hadith tersebut juga dhaif,
malah lebih teruk lagi ada yang menilainya palsu.
Hadith tersebut dikeluarkan oleh Abu Nuaim menceritakan berkenaan penglihatan.
ثلاثٌ يُجلِّينَ البصرَ
النظرُ إلى الخُضرةِ وإلى الماءِ الجاري وإلى الوجهِ الحسنِ
Tiga perkara yang menajamkan penglihatan adalah melihat daun hijau,
mendengar deruan air mengalir dan melihat wajah-wajah yang menceriakan (HN.
Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 53, palsu menurut Ibnu Qayyim, as-
Suyuthi dalam al-La’ali al-Masnu’ah 1/115, dan As-Syaukani dalam al-Fawaid
Majmuah no. 217).
Rujukan
No comments:
Post a Comment