Monday, 7 September 2020

Nabi Musa as menantu Nabi Syuaib as?


Matan hadith

مرحبا بقوم شعيب وأصهار موسى ولا تقوم الساعة حتى يتزوج فيكم المسيح ويولد له

Terjemahan

Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula 

Takhrij

Hadith ini ditemukan dalam Al-Mawaiz Wal-I'tibar Fi Dikr Al-Hitat Wal-Atar 1/347 dengan tanpa sanad yang jelas, hadith ini datang dari jalan Ibnu al-Kalbi, riwayatnya rosak dan tak diterima (Mu'jam al-Jami' li ma Surriha bihi wa Ubhima fil Quranul Karim Minal Mawadhi' hal. 309).


Hadith yang dikatakan hadith itu tidaklah benar sama sekali, melainkan ia hanya nukilan dari teks sejarah zaman luar periwayatan hadith.

1) Adalah satu kejanggalan bila menyebut HR. Maqrizi dalam kitab beliau al-Khutthath, kerana beilau lahir pada tahun 764 hijrah dan wafat pada 845 hijrah. Mustahil beliau meriwayatkan hadith era tersebut.

2) Beliau juga bukanlah seorang ulama hadith.

3) Kepakaran beliau adalah sejarah. Beliau adalah sejarawan dinasti Mamluk.

4) Illat hadith

a) Kisah Nabi Syuaib dan Nabi Musa menantu mertua - diragui sebahagian ulama tafsir, hadith dan sejarah.
b) Antaranya Ibnu Katsir, masa Nabi Syuaib berdekatan dengan masa Nabi Luth. Sementara Musa adalah keturunan Bani Israil, jauh dari zaman Ibrahim. Ibnu Katsir menyebutkan lebih dari 400 tahun. Musa jauh setelah Yusuf. Sementara Yusuf keturunan Ya’kub bin Ishaq bin Ibrahim. Kita tidak tahu, berapa generasi antara Ibrahim dengan Musa. Sehingga secara perhitungan waktu, aneh jika Musa bertemu dengan Syuaib yang zamannya berdekatan dengan Luth (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 71249)

c) Bahasa pertuturan mereka juga berlainan , Nabi Syuaib orang Arab (berbahasa arab), Nabi Musa berbahasa Hebrew (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 126472).

d) Mertua Nabi Musa adalah orang tua di Madyan, dan beliau bukan Nabi Syuaib. Dan pendapat ini yang dinilai kuat oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya. Dengan pertimbangan surat Hud: ayat 89. (Tafsir Ibnu Katsir, 6/228-229).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...