Matan hadith
أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم
الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ
في وجهه
قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو
فيها فأعرف الإجابة
Terjemahan
Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam
berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari
Rabulah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. Ini diketahui dari
kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting
yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati
dikabulkannya doa saya.
Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر
Pada hari Rabulah doanya
dikabulkan, yaitu di antara salat Zohor dan Asar
Takhrij
HR. Ahmad no. 14603, Bukhari
dalam Abdabul Mufrad no. 704, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3874 daripada Jabir
bin Abdillah ra.
Al-Haithami dalam Majma Az Zawaid
4/15, berkata “Semua perawinya tsiqah”.
Syerikh al-Arnauth berkata sanad
hadith ini dhaif
Syeikh al-Albani di menghasankan
hadith ini dalam Sahih Targhib no. 1185
Akan tetapi hadith ini didhaifkan
oleh al-'Allamah al-Mujahid Rabi' bin Hadi al-Madkhali, sebagaimana dalam kitab
beliau Baraa'atu ash-Shahaabah al-Akhyar min at-Tabarruk bi al-Amaakin wa
al-Atsaar.
Berkata Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyyah rahimahullah:
وفي إسناد هذا الحديث : كثير بن زيد ، وفيه كلام ، يوثقه ابن معين تارة ،
ويضعفه أخرى . وهذا الحديث يعمل به طائفة من أصحابنا وغيرهم ، فيتحرون الدعاء في
هذا ، كما نقل عن جابر ، ولم ينقل عن جابر رضي الله عنه أنه تحرى الدعاء في المكان
، بل تحرى الزمان
Dalam sanad hadith ini terdapat
perawi, Katsir bin Zaid. Dan statusnya diperselisihkan. Terkadang dinilai tsiqah
Ibnu Ma’in dan terkadang beliau dhaifkan. Dan hadith ini diamalkan oleh sebahagian
ulama hambali dan yang lainnya. Mereka memilih waktu hari Rabu itu untuk
memperbanyakkan doa. Sebagaimana keterangan Jabir. Dan tidak dinukil dari Jabir
bahawa beliau memilih tempat (Masjid Fath) untuk berdoa. Namun beliau memilih
waktunya. (al-Iqtidha, 2/344).
Berkata Al Baihaqi rahimahullah:
Dan dipilih untuk berdoa pada
waktu-waktu, keadaan - keadaan dan tempat -tempat yang diharapkan padanya terkabulnya
doa secara sempurna, adapun waktu - waktu (ijabah) di antaranya adalah antara
zohor dan asar pada hari Rabu (Syu'bul iman 2/46).
No comments:
Post a Comment