Matan hadith
إذا صليت الصبح فقل قبل أن
تكلم أحدا اللهم أجرني من النار سبع مرات فإنك إن مت من يومك كتب الله لك جوارا من
النار وإذا صليت المغرب فقل مثل ذلك فإنك إن مت من ليلتك كتب الله لك جوارا من
النار _
Terjemahan
Apabila kamu usai melakukan solat subuh, sebelum berbicara dengan
seseorang, ucapkanlah, 'Allaahumma ajirnii minan-naar (Ya Allah, lindungilah
aku dari api neraka)' sebanyak tujuh kali, maka jika kamu meninggal dunia pada
hari itu nescaya Allah akan menetapkan untukmu perlindungan dari api neraka. Apabila
kamu selesai melakukan solat maghrib, ucapkanlah seperti itu, kerana jika kamu
meninggal dunia pada malam itu nescaya Allah menetapkan untukmu perlindungan
dari api neraka.
Takhrij
HR. Ahmad dalam musnadnya no. 18054, Abu Daud no. 5079, dan Ibn Hibban
5/367, dari jalur al-Harits bin Muslim, dari bapanya Muslim bin Harits
at-Tamimi secara marfu’.
Syaikh Syuaib al-Arnauth mengatakan:-
Sanad hadith ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul (perawi tak
dikenal) oleh ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai tsiqah (perawi
terpercaya) tidak dianggap dari selain Ibnu hibban. Ulama berbeza pendapat
tentang namanya dan nama bapanya. (Ta’liq Musnad Ahmad, 29/593).
Hadith ini juga dinilai lemah oleh Syeikh al-Albani dalam kitab
as-Silsilah Hadith Dhaif no. 1624.
Hanya saja as-Suyuthi mensahihkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 723
No comments:
Post a Comment