Matan hadith
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ
يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ". وَزَادَ غَيْرُهُ "يَجْهَرُ بِهِ"
Terjemahan
“Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan
al-Quran”. Sebahagian yang lain menyebut ”menyaringkannya”.
Takhrij
HR. Bukhari no.7527, daripada Sa'ad bin Abi Waqqas ra.
Syarah
Makna yang benar untuk melagukan al-Quran adalah melantunkannya dengan
suara indah, membuat orang boleh lebih khusyuk. Diistilahkan Imam as-Syafii
dengan at-Tahazun (membuat sedih hati). Sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Hajar
al-Asqalani dalam Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari 9/70.
Menurut Imam Nawawi dalam Al-Tibyan, Muhyiddin Al-Nawawi Hal. 115:-
Membaca quran dengan betul sepertimana nabi dan para sahabat baca.
Perindahkan bacaan itu adalah
a)
baca dengan
meraikan tartil dan tajwid.
b)
memperelokkan
suara serta memperindahkannya apabila membaca al-Quran selama mana tidak keluar
daripada had bacaan sehingga memanjang-manjangkannya. Sekiranya berlebihan
sehingga sampai ke tahap menambah huruf atau menyembunyikan sebahagian huruf
maka perbuatan itu adalah haram.
Rujukan
al-Kahfi li al-Fatawi no. 614
No comments:
Post a Comment