Friday, 18 December 2020

Kelebihan membaca 10, 100, 1000 ayat al-Quran semasa solat malam

 

Matan hadith

 

 

مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِينَ وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْقَانِتِينَ وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنْ الْمُقَنْطِرِينَ

 

Terjemahan

 

Barangsiapa bangun (solat malam) dan membaca sepuluh ayat, maka dia tidak akan di catat sebagai orang-orang yang lalai. Barangsiapa bangun (solat malam) dengan membaca seratus ayat, maka dia akan di catat sebagai orang-orang yang tunduk dan patuh, dan barangsiapa bangun (solat malam) dengan membaca seribu ayat, maka dia akan di catat sebagai orang-orang yang dermawan.

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 1398, Ibnu Khuzaiamah no. 1080, Ibnu Hibban no. 2572 dan al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2194,  daripada Abdullah bin Amru al-Ash ra.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami'  no. 6439.

 

Dihasankan oleh Syeikh Abu Thahir  dalam takhrijnya ke atas Sunan Abi Daud

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...