Matan hadith
يا معشرَ النِّساءِ إذا سَمِعْتُنَّ أذانَ هذا الحبَشيِّ وإقامتَهُ فقُلنَ
كما يقولُ فإنَّ لَكُنَّ بِكُلِّ حرفٍ ألفَ ألفِ درجةٍ فقالَ عمرُ: هذا للنِّساءِ
فما للرِّجالِ قالَ: ضِعفانِ يا عمرُ
Terjemahan
Wahai wanita jika kalian
mendengan azan dan iqamah dari si Habsyi (Bilal) ini, maka jawablah sebagaimana
yang dikatakan oleh beliau, kerana setiap hurufnya itu, kalian akan mendapatkan
pahala seribu darjat. Umar ra berkata, Ini pahala untuk kaum wanita,
bagaimanapula kaum lelaki? Jawab Rasulullah saw, dua kali ganda ya Umar.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 24/16, no. 28, daripada Maimunah ra.
al-Mundziri dalam al-Targhib wa
al-Tarhib 1/150 menilai hadith ini tidak
sahih (fihi nakarah).
al-Dimyathi dalam al-Mutajir
Rabih no. 36, menilai sanadnya parah.
Dalam sanadnya terdapat perawi
yang tak dikenali, Mansur Ibn Sa'ad dan perawi terlalu dhaif, dilemahkan oleh
jumhur nuqqad, Ubbad Ibn Katsir (Majma Zawaid 4/311).
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini sangat munkar (munkar jiddan) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6009.
Rujukan
https://hadithanswers.com/an-unreliable-virtue-of-replying-to-the-adhan/
No comments:
Post a Comment