Thursday, 21 January 2021

Keutamaan 3 ayat awal surah al-An'am

 

Matan hadith

 

من قرأ ثلاث آيات من أول سورة الأنعام إلى قوله وَيَعْلَمُ ما تَكْسِبُونَ وكل الله به أربعين ألف ملك يكتبون له مثل عبادتهم إلى يوم القيامة وينزل ملك من السماء السابعة ومعه مرزبة من حديد، فإذا أراد الشيطان أن يوسوس له ويوحي في قلبه شيئا ضربه بها ضربة كان بينه وبينه سبعون حجابا فإذا وكل يوم القيامة يقول للرب تبارك وتعالى أبشر في ظلي وكل من ثمار جنتي واشرب من ماء الكوثر واغتسل من ماء السبيل وأنت عبدي فأنا ربك

 

Terjemahan

 

Barangsiapa membaca tiga ayat permulaan surah al-An’am maka Allah mewakilkan 40 ribu malaikat agar mencatat kebaikan ibadah mereka untuk dia sampai hari kiamat. Dan turunlah malaikat dari langit ke tujuh yang membawa cambuk besi, bila syaitan hendak menggodanya maka Allah memerintahkan malaikat itu agar memukulnya, maka antara mereka dan syaitan terdapat 70 benteng.

Apabila hari kiamat telah tiba maka Allah yang maha Berkah dan maha Suci berfirman”Berjalanlah pada naunganKu, pada hari itu tidak ada naungan kecuali naunganKu. Dan makanlah dari buah buahan syurgaKU,minumlah dari telaga kautsar dan mandilah dengan air salsabil,maka kau adalah hambaku dan AKU adalah Tuhanmu.

 

 

Takhrij

 

HR. al-Tsa'labi dalam Tafsirnya Kasyaful Bayan 4/131, daripada Jabir ra.

 

Hadith ini dhaif jiddan, sanadnya matruk,  kerana terdapat perawi yang tertuduh berdusta, Ibrahim bin Ishak.

 

al-Daruquthni berkata dia matruk.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 111023

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...