Thursday, 21 January 2021

Larangan berkata keji, kesat, mencarut, kasar

 

Termasuk akhlak yang buruk dan dibenci Allah swt orang yang suka memaki hamun, bercakap kotor, seranah, sumpah, keji, laknat dan sewaktu dengannya.

 

Seperti di jelaskan dalam Surah Al Humazah berikut:

 

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

 

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela” (QS. Al Humazah: 1)

 

Dari Abdullah ra ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

 

Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar  (HR Tirmidzi no. 1900, hasan).

 

Dari Abi Darda' ra ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

 

مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ وَإِنَّ اللهَ لَيُبْغِضُ الْفَاحِشَ الْبَذِيْءَ

 

Sesungguhnya tidak ada sesuatu apapun yang paling berat ditimbangan kebaikan seorang mu’min pada hari kiamat seperti akhlak yang mulia, dan sungguh-sungguh (benar-benar) Allah benci dengan orang yang lisannya kotor dan kasar.”(HR. Tirmidzi no. 2002, hasan sahih).

 

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

 

Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (HR. Bukhari no. 6018).

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...