Perkataan Ibnu Abbas ra
قال عبد الله بن عباس رضي الله عنهما : إن أبغض الأمور إلى الله البدع
Berkata Abdullah bin Abbas radhiyallahu
'anhuma : Sesungguhnya diantara perkara-perkara yang paling di benci disisi
Allah adalah Bid'ah (AR. Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 8573, sanadnya jayyid).
Perkataan Umar ra
عن عبدالله بن عكيم أن عمر -رضي الله عنه- كان يقول : إن أصدق القول قول
الله، وإن أحسن الهدى هدى محمد صلى الله عليه
وسلم، وإن شر الأمور محدثاتها، ألا وإن كل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل
ضلالة في النار
Dari Abdullah bin Ukaim
sesungguhnya Umar radhiyallahu 'anhu berkata :Sesungguhnya sebenar-benar
perkataan adalah perkataan Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk
Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, dan seburuk-buruk perkara adalah yang
diada-adakan, ketahuilah setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bidaah
adalah sesat dan setiap kesesatan ada di neraka. [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala
Muhassinil Bid'iy, hal. 13-14]
Perkataan Abdullah bin Mas'ud ra
:قال عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه
اتبعوا ولا تبتدعوا، فقد كفيتم، وكل بدعة ضلالة
Berkata Abdullah bin Mas'ud
-radhiyallahu 'anhu- : Ikutilah jangan kalian mengada-ada, kerana kalian telah
dicukupi, dan seluruh bidaah itu sesat [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil
Bid'iy, hal. 13-14]
Perkataan Abdullah bin Umar ra
:قال عبد الله
بن عمر -رضي الله عنهما
كل بدعة ضلالة، وإن رآها الناس حسنة
Berkata Abdullah bin Umar
-radhiyallahu 'anhuma : Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya
baik. [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal.13-14]
Perkataan Ibnu Mas'ud ra
قال ابن مسعود رضي الله عنه: الاقتصاد في السنة خيرٌ من الاجتهاد في البدعة
Berkata Ibnu Mas'ud radhiyallahu
'anhu : Sederhana dalam melaksanakan sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh
dalam melakukan kebidaahan.
وفي بعض الآثار: ما أحدث قومٌ بدعة إلا أضاعوا مثلها من السُّنة
Dalam sebagian atsar (dikatakan)
: Tidaklah suatu kaum mengada-adakan
kebidaahan kecuali mereka telah menghilangkan sunnah yang semisal dengan bidaah
tersebut. [https://www.alukah.net/sharia/0/113657/]
Perkataan Imam Malik bin Anas
من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم
خان الرسالة، لأن الله تعالى يقول : «ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا», فما
لم يكن يومئذ دينا، فلا يكون اليوم دينا.
Barangsiapa yang membuat suatu
kebidaahan didalam Islam yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan, maka
sungguh dia telah menuduh Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam telah
berkhianat terhadap risalah, karena Allah Ta'ala telah berfirman :
Pada hari ini telah Kusempurnakan
untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai
Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa
sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, “maka apa saja yang bukan agama
pada hari itu, tidak akan menjadi agama pada hari ini”. [Al-Luma'u Fii Raddi
'Ala Muhassinil Bid'iy, hal. 8-9]
Perkataan Imam Sufyan Ats-Tsauri
وقال سفيان الثوري : البدعة أحب إلى إبليس من المعصية، المعصية يتاب منها،
والبدعة لا يتاب منها
Berkata Sufyan Ats-Stauri :Bidaah
itu lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan, kerana pelaku maksiat masih
ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan pelaku bidaah tidak ada
keinginan bertaubat dari kebidaahannya" [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala
Muhassinil Bid'iy, hal. 5]
Perkataan Muhammad bin Abdirrahman
Al-Adamiy
قال محمد بن عبد الرحمان الأدمي لرجل تكلم بدعة ودعا الناس إليها : هل
علمها رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر وعثمان وعلي، أو لم يعلموا؟ قال
: لم يعلموها. قال فشيء لم يعلمه هؤلاء أعلمته انت؟!! قال الرجل : فإني أقول : قد
علموها. قال : أفواههم ألا يتكلموا به، ولا يدعوا الناس إليه أم لم يسعهم؟ قال :
بلى وسعهم. قال : فشيء وسع رسول الله صلى الله عليه وسلم وخلفاءه لا يسعك أنت؟!!
فانقطع الرجل. فقال الخليفة -وكان حاضرا- لا وسع الله على من لم يسعه ما وسعهم.
Berkata Muhammad bin Abdirrahman Al-Adamiy kepada seorang laki-laki yang
berkata dengan perkataan bidaah dan mengajak manusia kepadanya : Apakah hal
tersebut telah diketahui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, Abu
Bakar, Umar, Utsman dan Ali atau mereka tidak mengetahuinya? Dia (Laki-laki)
itu berkata : mereka tidak mengetahuinya. Berkata Al-Adamiy : Apakah sesuatu
yang mereka (Nabi dan para khalifah) tidak mengetahuinya lalu kamu lebih
mengetahui tentang permasalahan tersebut?!! Berkata laki laki tersebut (meralat
ucapannya) : Maka sesungguhnya aku katakan : Sungguh mereka telah
mengetahuinya. Berkata Al-Adamiy : Apakah tidak berbicara dengan perkara
tersebut dan tidak mendakwahkan manusia kepadanya telah mencukupi mereka (Nabi
dan para khalifah) atau apakah tidak mencukupi mereka? Berkata dia (laki-laki
tersebut) : Bahkan telah mencukupi mereka. Berkata dia (Al-Adamiy) : Maka
apakah sesuatu yang telah mencukupi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
dan para khalifahnya justru tidak mencukupimu?!! Maka terdiamlah laki-laki tersebut.
Maka khalifah -yang hadir- pun berkata : "Semoga Allah tidak mencukupi
orang yang tidak merasa cukup dengan apa-apa yang telah mencukupi mereka (Nabi
dan para khalifahnya). [Syarah Lum'atil I'tiqaad Al-Haadi ila Sabiilir Rasyad,
hal. 23]
No comments:
Post a Comment