Hadith pertama
Dari Abu Hurairah radhiyallahu
‘anhu, dia berkata,
قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ
إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَه
Pernah ditanyakan kepada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?”
Jawab beliau, “Yaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, menaati
suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya
sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2/251. Syaikh
Al Albani mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih)
Dalam penjelasan hadith di atas,
setidaknya ada beberapa ciri wanita (isteri) dalam Islam yang disebut baik.
Pertama, isteri baik itu adalah isteri
yang saat dilihat suaminya, ia mampu membuat suaminya senang.
Kedua, wanita yang baik adalah yang
selalu berusaha mentaati suami saat ia diperintah. Tentu saja diperintah dalam
kebaikan bukan kemaksiatan.
Ketiga, isteri yang baik tentu saja
tidak suka menyelisihi suaminya dalam hal kebaikan baik diri mahupun hartanya.
Hadith Kedua
kewajipan seorang isteri adalah
bagaimana caranya berusaha mendapatkan redha suaminya:-
عن ام سلمة تقول
سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض
دخلت الجنة
{ رواه الترمذي
وابن ماجه }
Dari Ummu Salamah, ia berkata, Aku
mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Jika ada seorang
isteri meninggal dunia dalam keadaan redha suami, nescaya ia masuk syurga (HR.
Tirmidzi no. 1081 dan Ibn Majah no.
1844, hasan gharib menurut Imam Tirmidzi).
Hadith ketiga
Menjadi perhiasan suami
عن عبد الله بن عمرو ان رسول الله صلي الله عيه وسلم قال
الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
{ رواه مسلم
والنسائي واحمد }
Dari Abdillah bin ‘Amr,
sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Dunia adalah
perhiasan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah isteri yang solehah. (HR. Muslim
no. 2668, Al-Nasaie no. 3180, Ahmad no. 6279, Ibn Majah no. 1845).
Hadith keempat
Menyenangkan hati suami
الَّتِى تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَر
Yang menyenangkan suami ketika
dilihat, dan mentaati suami ketika diperintah (HR. Ahmad no. 9837, Nasaie no. 3244
dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).
Hadith kelima
Menjaga maruah
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ
فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ
أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Jika seorang wanita selalu
menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta
betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada
suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah
dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka (HR. Ahmad 1/191 dan Ibnu
Hibban 9/471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih)
Hadith keenam
Taat pada suami ketika diajak ke
tempat tidur
Dari Abu Hurairah, Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ
لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Jika seorang seorang lelaki
mengajak isterinya ke ranjang, lantas si isteri enggan memenuhinya, maka
malaikat akan melaknatnya hingga waktu Subuh (HR. Bukhari no. 5193 dan Muslim
no. 1436).
Hadith ketujuh
Tidak mengizinkan orang lain
masuk rumah kecuali dengan izin suami
Pesan Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam pada haji Wada’,
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ
اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ
أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ
Bertakwalah kalian dalam urusan
para wanita (isteri-isteri kalian), kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka
dengan amanah dari Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat
Allah. Hak kalian atas mereka adalah mereka tidak boleh mengizinkan seorang pun
yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian (HR. Muslim no. 1218).
Hadith kelapan
Minta izin untuk berpuasa sunat,
Dari Abu Hurairah, Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ
بِإِذْنِهِ، وَلاَ تَأْذَنَ فِى بَيْتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ، وَمَا أَنْفَقَتْ
مِنْ نَفَقَةٍ عَنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّهُ يُؤَدَّى إِلَيْهِ شَطْرُه
Tidak halal bagi seorang isteri
untuk berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia
tidak boleh mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa ijin darinya. Dan
jika ia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami mendapat
setengah pahalanya (HR. Bukhari no. 5195
dan Muslim no. 1026).
Hadith kesembilan
Tidak boleh keluar rumah tanpa
izin suami, dan membenarkan orang tak disukai suami masuk ke dalam rumah
لاَ يَحِلُّ لاِمْرَأَةٍ أَنْ تَأْذَنَ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَهُوَ
كَارِهٌ، وَلاَ تَخْرُجُ وَهُوَ كَارِهٌ
Tidak halal bagi seorang isteri
mengizinkan (orang lain) memasuki rumahnya, sedang suaminya mem-bencinya. Dan
ia tidak boleh keluar rumah sedang suaminya tidak menyukainya (HR. Baihaqi
dalam Sunan Kubra 7/293, sanadnya sahih atau hasan menurut al-Mundziri dalam
al-Targhib 3/101)
Hadith kesepuluh
Selalu berterima kasih pada suami
لاَ يَنْظُرُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا
وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْه
Allah tidak melihat kepada isteri
yang tidak berterima kasih kepada suami, padahal ia selalu bergantung dan
memerlukannya.” (HR. al-Bazzar, disahihkan oleh syeikh al-Albani dalam Sahih
Targhib no. 1944).
Hadith kesebelas
Sayang dan kasih pada anak-anak
dan menjaga harta suami
خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ اْلإِبِلَ صَالِحُ نِسَاءِ قُرَيْشٍ أَحْنَاهُ
عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ
Sebaik-baik wanita yang
menunggang unta adalah wanita-wanita Quraisy yang solehah, yaitu yang paling
sayang kepada anaknya di masa kecil, serta yang paling dapat menjaga harta
suaminya (HR. Bukhari no. 5082, Muslim no. 2527).
No comments:
Post a Comment