لا إله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
Shaykh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul
Khaliq menyebutkan dalam kitabnya al-Fikr al-Sufi Fi Dau`i al-Kitab Wa
al-Sunnah, hal. 284, bahawa Muhammad bin Salih al-Ja’fari yang merupakan
seorang imam di Masjid al-Azhar sejak sekian lama, telah menyebutkan dalam
kitabnya, Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard.
Beliau menulis: Sidi Ahmad telah
berkumpul dengan Rasulullah s.a.w. dalam rupanya dan bersamanya Khadir
a.s. Rasulullah s.a.w. menyuruh Khadir
a.s. mengajarkan kepada saya zikir-zikir Tarikat Shaziliyyah lalu Khadir
mengajarkan kepada saya di hadapan baginda. Kemudian baginda bersabda kepada
Khadir: “Wahai Khadir ajarkanlah kepadanya sesuatu yang merangkumi sekalian
zikir-zikir, selawat-selawat, istighfar dan yang paling utama pahala dan
bilangannya. Beliau bertanya: “Apa dia wahai Rasulullah? Lalu baginda menjawab:
“لا إله إلا
الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
Khadir a.s. mengucapkannya dan
akupun mengucapkannya dan Rasulullah s.a.w. mengulang-ulangkannya sebanyak tiga
kali.
Kemudian beliau berkata:
“Hendaklah kamu mengucapkan;
اللهم إني أسألك بنور وجه الله العظيم إلى آخرة الصلاة العظيمية
Ya Allah, aku memohon dari Engkau
dengan Cahaya Wajah Engkau yang agung
Hinggalah akhir selawat yang
agung.
Kemudian baginda s.a.w. bersabda
kepadanya: “Ucapkanlah;
استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم غفار الذنوب ذو الجلال
والإكرام
Saya memohon ampun dari Allah
yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha hidup maha mentadbir, sangat
mengampunkan dosa-dosa yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
Sehingga akhir istighfar utama. Maka sayapun
mengucapkannya selepas mereka berdua dan saya memperolehi cahaya dan kekuatan
Muhammadiyyah dan dikurniakan penglihatan ketuhanan.
Kemudian baginda s.a.w. bersabda:
“Wahai Ahmad! Aku telah berikan kepada kamu kunci-kunci langit dan bumi dan ia
zikir yang khusus, selawat yang agung, istighfar yang utama. Sekali
mengucapkannya dikira menyamai dunia dan akhirat dan seisi-isinya dengan
berkali-kali ganda. (Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard al-Makhzunah, hal. 8-9)
Ini menunjukkan bahawa zikir ini
diperolehi dengan cara yang luar biasa yang tidak pernah dilalui oleh imam-imam
hadis yang meriwayatkan hadis melalui perantaraan para perawi. Bahkan ahli sufi
ini mendakwa bahawa dia menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w.
Jika begitu, sungguh istimewa kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w.
sehinggakan ulama hadis yang seluruh hidup mereka didedikasikan untuk
mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak pernah mendakwa berjumpa dan
mempelajari hadis secara langsung daripada baginda sepertinya.
Sebenarnya, mendakwa berjumpa dan
belajar daripada Rasulullah s.a.w. adalah mendustakan atas nama baginda dan ini
menyebabkan ramai dari kalangan umat Islam terjebak dalam kesesatan dan
kedunguan. Demikian juga, dakwaan yang dikemukakan oleh sesetengah ahli sufi
bahawa mereka melihat dan bertemu dengan Khadir a.s. kerana mereka telah
memperolehi penglihatan ketuhanan yang kononnya dapat menerobosi alam ghaib.
Rujukan
https://www.darulkautsar.net/sejauh-mana-boleh-beramal-dengan-zikir-sufi-ini-2/
No comments:
Post a Comment