Sunday 21 February 2021

Hadith kecelakaan pada orang membaca ayat ini QS. Ali-Imran: 190 tetapi tidak memikirkannya

 

Terjemahan

 

Dari Atha’, ia berkata, “Aku dan Ubaid bin Umair datang kepada Aisyah, kemudian Aisyah berkata kepada Ubaid bin Umair, “Sungguh kamu telah bersikap baik dengan datang mengunjungi kami.’” Lalu Ubaid berkata, “Aku akan katakan wahai ibu sebagaimana orang dulu pemah katakan: “Jarang berkunjunglah, maka cinta akan bertambah.” Atha' berkata, Aisyah lalu berkata, "Tinggalkan kami dari bahasa asing kalian itu.” Ibnu Umair berkata, “Berilah kami Khabar tentang perkara yang paling menakjubkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.” Atha' berkata, “Aisyah terdiam, tidak lama kemudian berkata, ‘Pada suatu malam, beliau bersabda, ‘Wahai Aisyah, izinkanlah aku agar malam ini aku dapat beribadah kepada Tuhanku.” Aku (Aisyah) lalu berkata, Sesungguhnya aku lebih senang berada di dekatmu, dan aku sangat senang dapat membahagiakanmu," Ia (Aisyah) lalu berkata, “Kemudian beliau bangun dan bersuci, setelah itu melaksanakan ' shalat." Aisyah berkata, “Malam itu, beliau terus menerus menangis hingga pahanya basah, kemudian beliau terus menerus menangis hingga jenggotnya basah, kemudian beliau terus menerus menangis hingga tanah menjadi basah. Hingga kemudian Bilal mengumandangkan adzan. Ketika Bilal melihat beliau menangis, ia bertanya, “Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, mengapa engkau menangis seperti itu padahal engkau adalah orang yang dosanya telah diampuni oleh Allah SWT baik dosa yang telah lalu maupun dosa yang akan datang?" Beliau menjawab, “(Jika aku meninggalkan tahajjud) aku Tidaklah menjadl hamba yang bersyukur. Sungguh telah turun satu ayat pada malam Int, yang menjadl celaka bagi orang yang membacanya namun tidak berfikir tentangnya. (Ayat Itu adalah), "Sesungguhnya dalam penclptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.“ (Qs. Aali ‘Imran [3]:190).

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban no. 620, dihasan oleh Syeikh al-Wadi'ie dalam Sahih Musnad no. 1654, sanadnya juga disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Sahih Ibnu Hibban.

Hadith ini bukan umum maksudnya seperti, baca al-Quran tapi tak faham, masuk dalam celaan tersebut.

 

Celaan ini menurut syeikh Na'san lebih tertuju kepada orang musyrik, mereka telah dibentangka ayat-ayat Allah tapi tidak mahu beriman.

 

Ia cuma khas untuk konteks ayat 190 dalam surah  Ali-Imran sahaja.

 

Bila dah diberi tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan langit dan bumi serta kejadian malam dan siang, tapi masih tidak mahu berfikir dan beriman kepada Allah swt (As-Shabuni dalam Shafwatut Tafasir 1/230).

 

Inilah menurut as-Shabuni, ciri-ciri Ulul Albab (orang yang selalu berfikir lalu mengingati Allah), dengan sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi.

 

Sebab dalam hadith yang lain orang yang membacanya saja pun dapat pahala walapun merangkak-rangkak. Al-maklumlah orang yang membaca, memahami dan mentadburi itu lagilah besar pahalanya dari orang yang membacanya saja.

 

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi  SAW bersabda:

 

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ

وَمِيمٌ حَرْف

 

Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” (HR. Tirmidzi no. 2910, hasan).

 

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

 

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

 

Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah    dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. (HR. Muslim no. 798).

 

 

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda:

 

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

 

Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (HR. Bukhari no. 5027)

 

Wallahu 'alam.

 

Rujukan

 

 

al-Kafi li al-Fatawi no. 1549

 

https://www.naasan.net/index.php?page=YWR2aXNvcnk=&op=ZGlzcGxheV9hZHZpc29yeV9kZXRhaWxzX3U=&advisory_id=NjU2Mw==&lan=YXI=

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...