Thursday, 11 February 2021

Hadith pelaku bidaah sukar bertaubat

 

Matan hadith

 

إِنَّ اللَّهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Allah mencegah setiap pelaku bidaah dari taubat

 

Takhrij

 

HR. Abu Syaikh dalam Tarikh Ashbahan hal. 259, At-Thabrani dalam Mu’ja al-Awsath no. 4360, al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 9011 dan lainnya, daripada Anas bin Malik ra.

 

Al-Mundziri menilai sanadnya hasan dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/86.

 

Al-Zahabi menilai hadith ini munkar dalam Mizan al-I’tidal 4/287 no. 9175.

 

Beliau berkata di tempat yang lain, riwayat sokongan juga dhaif kerana melalui perawi Muhammad bin Abdul Rahman al-Qusyairi, dia dituduh berdusta (Talkhis al-‘Ilal Mutanahiyah no. 46).

 

Ibnu Adi menilai hadith ini munkar dengan sanad ini (melalui al-Qusyairi) dalam al-Kamil fi Dhuafa’  7/505.

 

Ibnu Qaisarini dalam Dzakiratul Huffaz 1/577 menilai hadih ini munkar.

 

Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah 1/145 menilai hadith ini tidak sahih.

 

Hadith ini dinyatakan sahih oleh Sayyid ‘Alawi Assaqqaf dalam Mukhtasar Al-I’tisham hal. 35.

 

Sanadnya disahihkan pula oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1620 dan takhrij Kitab Sunnah no. 37. Dan beliau merujuknya kembali dengan penilaian dhaif dalam Muqaddimah Sahih targhib hal. 31.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyyah no. 228295

 

https://majles.alukah.net/t120070/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...