Thursday, 11 February 2021

Selawat Imam Syafie dan selawat ciptaan

 

Lafaz selawat Imam Syafie

 

اللَّهُمَّ صَلِّ أَفْضَلَ صَلاَةٍ عَلَى أَسْعَدِ مَخْلُوقَاتِكَ سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ عَدَدَ مَعْلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُونَ

 

Selawat ini ditemukan dalam kitab yang diperingatkan ulama untuk dijauhi dari membacanya kerana bercampur-campur riwayat tidak sahih, iaitu kitab Dalailul Khairat hal. 240.

 

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا أَمَرْتَ بِالصَّلاَةِ عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا تُحِبُّ أَنْ يُصَلَّى عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا تَنْبَغِي الصَّلاَةُ عَلَيْهِ

 

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebanyak jumlah orang yang berselawat kepadanya, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebanyak jumlah orang yang tidak berselawat kepadanya, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebagaimana Engkau perintahkan untuk berselawat kepadanya, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebagaimana Engkau suka agar dibacakan selawat atasnya, dan limpahkanlah pula selawat kepada Nabi Muhammad sebagaimana selayaknya ucapan selawat atasnya (Syei kh Abul Abbas Ibn Mindil dalam Dalailul Khairat, Sa’adatul Darain hal. 1440).

 

 

Sebahagian teks selawat ini juga ditemukan dalam kitab ar-Risalah imam Syafie:-

 

صَلَّى اللهُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ كُلَّما ذَكَرَهُ الذَّاكِرُوْنَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُونَ.

 

Ya Allah, limpakanlah selawat atas Nabi kami, Nabi Muhammad, selama orang-orang yang ingat menyebutMu dan orang-orang yang lalai lupa untuk menyebutMu (ar-Risalah hal. 16).

 

 

Terkait selawat ini, Imam Al-Ghazali juga menyebutkan dalam Kitab Ihya Ulumuddin 1/405 dari riwayat Imam Abul Hasan Al-Syafi'i, dia berkata:

 

رَأَيْتُ النَّبِيَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَنَامِ فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ بِمَ جُوْزِيَ الشَّافِعِيُّ عَنْكَ حَيْثُ يَقُوْلُ فِي كِتَابِهِ الرِّسَالَةِ وَ صَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُوْنَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُونَ فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُوْزِيَ عَنِّي أَنَّهُ لاَ يُوْقَفُ لِلْحِسَابِ

 

Saya telah bermimpi melihat Rasulullah saw , lalu saya bertanya, "Ya Rasulullah , dengan kebaikan apa Imam Syafie diberi balasan dari sebab ucapannya dalam Kitab Ar-Risalah; 'Wa Shallallahu 'ala Muhammaddin Kullama Zakarahuz Zakirun Waghafala 'An Zikrihil Ghafiluna?' Rasulullah menjawab: "Ia dibebaskan dari keharusan menghadapi perhitungan (hisab pada hari kiamat)."

 

Kisah ini juga ditemukan dalam kitab Jalaaul Afham hal. 242, Ibnu Qayyim, Ar-Risalah hal. 16, al-Qaul Badi’ 142-143, 490-491, Thabaqat Syafieyyah al-Kubra 1/188

 

Riwayat di atas tidak sahih (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 61693).

 

 

Ulasan

 

Selawat yang direka sendiri adalah boleh saja untuk diamalkan selama mana tidak menyalahi syariat, seperti bahasa yang tidak tepat, fakta salah, mendewakan Nabi saw, serta mengandungi unsur syirik (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 116776).

 

Selawat ke atas Nabi adalah termasuk di dalam doa kepada Allah. Justeru ia memiliki lafaz yang warid dari Nabi saw, dan BOLEH juga dengan lafaz lain yang tidak menyalahi adab dalam berselawat. Kerana itu para ulama Salaf telah menyebut berbagai bentuk selawat di dalam kitab-kitab mereka.

 

Namun, jika ditanya apakah lafaz selawat yang paling afdhal? Maka jawabnya ialah lafaz selawat yang diajar oleh Nabi saw sendiri. Demikian juga selawat yang dibaca di dalam ibadat khusus MESTILAH berdasarkan lafaz selawat yang diajar oleh baginda sahaja.

 

Selain itu, bolehnya berselawat ke atas Nabi dengan lafaz-lafaz yang bukan dari Nabi saw ini, bukanlah bermakna ia memiliki kelebihan tertentu. Seiapa yang mendakwa sesuatu selawat yang disusun oleh mana-mana ulama memliki kelebihan yang tertentu, bermakna dia telah mendakwa seuatu dari Allah tanpa kebenaran. Hal sebegini tidak pernah dilakukan oleh imam yang mulia al-Imam al-Syafie rah.

 

Syeikh al-Fasi ketika memberi komentar kitab Dalailul Khairat, menyatakan, terdapat perbezaan pendapat ulama akan bolehnya menggunakan lafaz selawat sukar difahami dan boleh disalah erti atau yang jelas dan dapat ditafsirkan secara mudah dan betul. Sebahagian kumpulan ulama (Shaykh ‘Afeef al-Deen al-Yaafa’i, al-Sharaf al-Baarazi and al-Baha’ ibn al-Qattaan) mengatakan selawat begini dan begitu adalah cara terbaik., dan beliau membantah pernyataan tersebut, tidak ada nilai pada ucapan ulama tersebut, kecuali lafaz selawatitu  datang warid dari Nabi saw. Ini adalah pandangan yang disetujui oleh para ulama (Fatwa Soaljawab Islam no. 88109).

 

Dan tidak boleh mengklasifikasikan bacaan selawat yang diluar solat selain yang warid dari Nabi saw sebagai bidaah. Tidak betul dakwaan sedemikian. Jika tidak, habis bidaah para ulama salaf yang menyebut berbagai bentuk selawat di bahagian muqaddimah tulisan-tulisan mereka, termasuk Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rah.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 61693, 116776, 293164

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 88109, 200089

 

https://hadithanswers.com/the-form-of-salutation-durud-of-imam-shafii-rahimahullah/

 

http://binsahak.com/index.php/zikir-dan-doa/691-sdi-0200-selawat-imam-syafie-hukum-selawat-ke-atas-nabi-bukan-dengan-lafaz-dari-nabi

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...