Sunday, 18 April 2021

Hadith Allah swt memandang hambaNya pada malam pertama Ramadhan

 

Matan hadith

 

أُعطِيَتْ أمَّتي في شهرِ رمضانَ خمسًا لم يُعطَهنَّ نبيٌّ قبلي أمّا واحدةٌ فإنَّه إذا كان أوَّلُ ليلةٍ من شهرِ رمضانَ نظر اللهُ عزَّ وجلَّ إليهم ومن نظر اللهُ إليه لم يعذِّبْه أبدًا وأمّا الثّانيةُ فإنَّ خلوفَ أفواهِهم حين يُمسون أطيبُ عند اللهِ من ريحِ المسكِ وأمّا الثّالثةُ فإنَّ الملائكةَ تستغفِرُ لهم في كلِّ يومٍ وليلةٍ وأمّا الرّابعةُ فإنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ يأمُرُ جنَّتَه فيقولُ لها استعدِّي وتزيَّني لعبادي أوْشَك أن يستريحوا من تعبِ الدُّنيا إلى داري وكرامتي وأمّا الخامسةُ فإنَّه إذا كان آخرُ ليلةٍ غفر اللهُ لهم جميعًا فقال رجلٌ من القومِ أهي ليلةُ القدرِ فقال لا ألم ترَ إلى العمّالِ يعملون فإذا فرغوا من أعمالِهم وُفُّوا أجورَهم

 

Terjemahan

 

Pada bulan Ramadhan, umatku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang nabi pun sebelumnya. Pertama, bila datang awal malam Ramadhan, Allah azza wa jalla melihat mereka. Dan barangsiapa dilihat oleh Allah, dia tidak akan mendapatkan azab selamanya. Kedua, bau mulut mereka di petang hari (saat puasa) lebih harum di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi. Ketiga, para malaikat memohonkan keampunan untuk mereka siang dan malam. Keempat, Allah azza wa jalla telah menyuruh syurga. Dia berfirman kepada syurgaNya itu, 'Bersiap-siap dan berhiaslah untuk hamba-hamba- Ku. Sudah dekat waktunya mereka (hamba-hambaKu) itu beristirehat dari kesusahan dunia menuju rumah dan rahmatKu.' Kelima, bila telah tiba akhir malam (Ramadhan), Allah mengampuni dosa mereka semua. ’ Seorang sahabat bertanya 'Apakah itu yang dimaksud dengan Lailatul Qadar malam keagungan)?’Jawab beliau, 'Lain. Bukankah engkau tahu bahawa orang-orang yang beramal, jika mereka selesai menjalankan amal, pahalanya langsung dipenuhi?’."

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3603, daripada Jabir bin Abdillah ra.

 

Didhaifkan oleh syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5081.

 

Dhaif menurut kajian Fatwa Syabakah Islamiyah no. 40430.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...