Sunday, 18 April 2021

Hadith keutamaan nama Ahmad atau Muhammad

 

Matan hadith

 

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

 

Terjemahan

 

Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembagi) yang membagi di antara kalian.

 

Takhrij

 

HR. Bukhari  no. 3110 dan Muslim no. 2133, daripada Jabir bin Abdillah ra.

 

 

Hadith lain yang menyebutkan keutamaan adalah dhaif

 

Ibnu Bukair al-Baghdadi telah menyusun sebuah kitab bernama Fadha`ilu Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad. Pada kitab tersebut beliau menyertakan sekitar 26 hadith yang tidak sahih.

Antaranya,

 

من ولد له مولود فسماه محمداً تبرّكّا به كان هو ومولودُهُ في الجنة

 

Barangsiapa yang mempunyai anak kemudian diberi nama ‘Muhammad’ dalam rangka mencari keberkahan, maka dia dan anaknya akan berada di syurga

 

Takhrij

 

HR. ar-Rafaie dalam al-Tadwin Ahkbar Qazwin 2/343, daripada Abu Umamah ra.

 

Dinilai palsu oleh Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 52, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 1/241, dan az-Zahabi dalam Mizanul I’tidal 1/337 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 171.

 

Hadith palsu lain termasuk:-

 

مَنْ وُلِدَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَوْلادٍ ، فَلَمْ يُسَمِّ أَحَدَهُمْ مُحَمَّدًا لَمْ يَدْخُلْ حُبُّ مُحَمَّدٍ قَلْبَهُ .

 

Barang siapa yang mempunya empat orang anak (dalam riwayat lain 3) kemudian tidak memberikan nama salah seorang dari mereka dengan nama ‘Muhammad’, maka tidak masuk rasa kecintaan kepada (nabi) Muhammad dalam hatinya.”

 

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah menjelaskan,

 

هذا الحديث مكذوب ، وموضوع على الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ، وليس لذلك أصل في السنة المطهرة ، فكل ما جاء في هذا من الأخبار لا أساس لها من الصحة ، فالاعتبار بإتباع محمد ، وليس باسمه ـ صلى الله عليه وسلم ، فكم ممن سمي محمداً وهو خبيث ؛ لأنه لم يتبع محمدا ولم ينقد لشريعته ، فالأسماء لا تطهر الناس ، وإنما تطهرهم أعمالهم الصالحة ، وتقواهم لله ـ جل وعل ـ

 

“Ini adalah hadith dusta dan palsu, bukan perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bukanlah termaduk sunnah yang suci. Semua hadith-hadith mengenai hal ini (keutamaan bernama dengan ‘Muhammad’) tidak ada dasarnya untuk dibilang sahih. Yang menjadi pegangan adalah mengikuti ajaran nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan mengikuti namanya. Betapa banyak orang yang bernama Muhammad akan tetapi kelakuannya tidak baik kerana tidak mengikuti ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak patuh terhadap syariat. Nama tidak mensucikan orang, yang mensucikannya adalah amal soleh dan takwa kepada Allah. (http://www.binbaz.org.sa/mat/337).

 

Hal ini dijelaskan juga oleh Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau berkata,

 

قال سعيد بن المسيب: أحب الأسماء إلى الله أسماء الأنبياء، وفي تاريخ ابن أبي خيثمة أن طلحة كان له عشرة من الولد كل منهم اسم نبي وكان للزبير عشرة كلهم تسمى باسم شهيد.

 

“Berkata Sa’id bin Musayyib: Nama yang paling dicintai Allah adalah nama para Nabi. Dalam kita sejarah dijelaskan bahawa sahabat Thalhah mempunyai sepuluh anak dan setiap anak bernama dengan nama nabi. Sahabat Az-Zubair juga memiliki sepuluh anak dan dinamakan dengan para syuhada.”(Tuhfatul Maudud hal. 128).

 

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...