Saturday, 17 April 2021

Pemahaman hadith orang terhalang mengerjakan umrah dan haji di akhir zaman

 

 

فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال  لا تقوم الساعة حتى لا يحج البيت

 

Dari Abu Sa'id al-Khudri ra, bahawa Nabi saw bersabda, " Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga terputusnya orang mengerjakan haji." (HR Abu Ya'ala, Ibn Hibban no. 2750 dan al-Hakim, kata al-Hakim, sahih mengikut syarat Bukhari-Muslim, disepakati az-Zahabi. Disahihkan Ibn Hibban dan syeikh al-Albani.

 

Syarah Dr al-Areefi:-

 

Ada banyak maksud akan hadith ini, antaranya, haji terhenti untuk beberapa ketika kerana fitnah atau perang yang dahsyat atau ada kuasa besar yang melarang orang naik Haji.

 

ليحجن هذا البيت و ليعتمرن بعد خروج بأجوج و مأجوج

 

"Haji dan Umrah tetap dikerjakan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj." (HR. Bukhari no. 1593, daripada Abu Sa'id al-Khudri ra)

 

Dr al-Areefi mengulas, hadith ini mengisyaratkan haji terhenti akan berlaku betul-betul di akhir zaman kerana selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj, haji dan umrah masih dikerjakan.

 

Rumusan dalam memahami tanda kiamat di atas  ialah terputusnya orang dari mengerjakan haji disebabkan fitnah atau kuasa yang menghalangnya, maksudnya langsung tiada org yang dapat ke sana.

 

Peristiwa tertangguhnya haji dan umrah akan berlaku betul-betul di akhir zaman selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.

 

Rujukan

 

Kiamat sudah dekat, Dr Muhammad al-Areefi, Qisthi Press

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...